Assalamualaikum...
Saya ingin bertanya pendapat dan mendapatkan nasihat..
Saya telah berkahwin selama hampir 5tahun dan dikurniakan 3 cahaya mata berumur 3tahun,1tahun lebih dan yang ketiga masih dalam tempoh berpantang.Sejak saya mengandungkan anak ketiga,saya nampak perubahan pada suami.
Suami juga kurang mengambil berat tentang saya.Ternyata perubahannya disebabkan kehadiran orang ketiga yang juga merupakan isteri orang.Disebabkan itu kami sering bergaduh dan menyebabkan saya membawa diri pulang ke rumah keluarga.
Suami mengizinkan,katanya di rumah keluarga saya boleh berehat.Tetapi malangnya suami mengambil kesempatan sepanjang ketiadaan saya dirumah.Dia dan kekasihnya sering bertemu.Saya mendapat bukti kukuh kecurangan suami apabila melihat gambarnya bersama orang ketiga.
Kami pernah berbincang,saya mintak suami melupakan perempuan tersebut tetapi suami dengan jujur mengatakan susah untuk melupakan kerana dia telah sayang dan permpuan tersebut pengubat hatinya.Saya akui memang saya agak melenting apabila mengetahui kecurangan suami,saya tinggikan suara dan pernah memaki suami akibat tidak dapat mengawal perasaan marah dan kecewa.
Suami mengatakan dia sukar melupakan kata2 saya ketika marah.Saya pernah mintak dilepaskan tetapi suami enggan.Suami pernah meminta saya utk bagi masa utk dia berubah tetapi dia tetap kurang menghubungi saya.Masalah kami sampai ke pengetahuan keluarga,suami mengaku pada ibu saya yg dia masih sayangkan saya dan anak2 dan berjanji akan berubah.Saya buntu..
saya masih tidak dapat melupakan kecurangan suami,susah utk mempercayainya dan tak yakin dia akan berubah.Awal Jun ini saya akan pulang ke rumah..saya takut suami tetap akan melukakan hati saya.
Home » Benci GSTnoreply@blogger.com (Wana Network)
» Luahan Isteri Suami Curang Dengan Isteri Orang Ketika Beliau Sedang Hamil Anak Ketiga
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Luahan Isteri Suami Curang Dengan Isteri Orang Ketika Beliau Sedang Hamil Anak Ketiga"
Post a Comment