gambar hiasan
Tuduhan ini diperkuatkan lagi apabila ada peserta yang tiba-tiba jatuh sakit pada saat akhir sehingga gagal memberikan persembahan terbaik dan akhirnya terus tersingkir.
Pada mulanya SS tak ambil kisah sangat mengenai penggunaan ilmu hitam itu kerana beranggapan semua itu berlaku secara kebetulan. Pada anggapan SS, mungkin peserta jatuh sakit kerana mereka terlalu banyak berfikir dan bekerja keras untuk memberikan persembahan terbaik sehingga mengabaikan kesihatan.
Secara rambang SS perhatikan program ini mempunyai keistimewaan tersendiri di mana semua pesertanya hebat-hebat belaka. Hanya yang benar-benar fokus pada persembahan dan disiplin sahaja mampu menangani tekanan.
Yang pasti, program ini akan melahirkan seorang lagi artis untuk memeriahkan persada seni tanahair. Apabila sudah berada dalam bidang ini, terpulang kepadanya sendiri bagaimana untuk mencorakkan kariernya. Takkan nak amalkan ilmu hitam untuk cari tawaran show pula.
sumber: metro
0 Response to "Artis Malaysia Guna Sihir Dalam Program Realiti Popular?"
Post a Comment