Terlalu bergantung kepada hutang merupakan satu daripada antara banyak cabaran yang dihadapi amalan sekarang yang menjadi halangan serius untuk mencapai kemapanan, titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.
Baginda bertitah perlu untuk mengenal pasti terlebih dahulu dan memahami cabaran seumpama itu dalam merangka strategi untuk mentransformasikan modal sistem kewangan sekarang kepada yang memudahkan pertumbuhan ekonomi di samping memastikan kemapanan.
Sultan Nazrin Shah bertitah demikian dalam ucapan baginda yang bertajuk 'Mencari Kemapanan: Peranan Kewangan Islam dalam Perubahan Transformasi" pada Persidangan Meja Bulat SC-OCIS Ke-6 mengenai Kewangan Islam di Ditchley Park, Oxfordshire.
Teks ucapan baginda dikeluarkan kepada Bernama.
Memetik Pertubuhan Pembangunan dan Kerjasama Ekonomi (OECD), Sultan Nazrin Shah bertitah "Paras hutang tinggi boleh mewujudkan kelemahan, yang meluaskan dan menyebarkan kejutan harga aset dan makroekonomi."
Ia juga "menghalang keupayaan isi rumah dan perusahaan kepada penggunaan dan pelaburan yang lancar dan kepada kerajaan untuk mengurangkan kejutan yang teruk," titah baginda.
Baginda bertitah kesan hutang memburukkan lagi impak negatif ke atas pasaran kewangan dan ekonomi semasa tempoh kegawatan.
"Terlalu bergantung kepada hutang mungkin akan menyebabkan gangguan teruk kepada pasaran serta kepada kestabilan sosio-ekonomi dan justeru itu perlu ditangani sekiranya kita mahu mencapai kemapanan yang lebih baik dalam sistem kewangan.
"Kebimbangan berkenaan dengan hutang menyokong pandangan Islam bahawa hutang amat tidak digalakkan dan model atau kontrak berasaskan ekuiti adalah pilihan kerana ia selaras dengan Maqasid al Syariah atau objektif Syariah," titah baginda.
Sultan Nazrin Shah, yang juga Penaung Diraja bagi Insiatif Kewangan Islam Malaysia bertitah, kebencian Islam terhadap hutang adalah berasaskan, antara lainnya, kepada kemungkinan akses kepada hutang mendorong seseorang itu berbelanja melebihi kemampuannya.
"Dan apabila seseorang berbelanja mengikut tahap kekayaan atau pendapatannya, kemungkinan beliau berdepan masalah kewangan adalah tipis dan justeru itu beliau mampu mengekalkan gaya hidupnya.
"Sebagai tambahan, hujahan ini boleh diguna pakai kepada sistem kewangan yang lebih besar. Tambahan pula, elemen perkongsian risiko sesuatu kontrak berasaskan ekuiti menggalakkan hubungan lebih saksama antara pihak-pihak yang berkontrak yang secara kolektifnya menjadi perkiraan yang lebih mapan," titah baginda.
Ucapan Sultan Perak ini penuh maksud atau sindiran terhadap kerajaan pimpinan Najib yang suka berhutang.
credit to: http://ift.tt/WCHUXo
Home » Benci GSTnoreply@blogger.com (Wana Network)
» Sultan Perak Sindir Najib Kerana Suka Berhutang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Sultan Perak Sindir Najib Kerana Suka Berhutang"
Post a Comment