Perigi Cari Timba dan Jodoh, Bagus Sangat ke Lelaki?
Sekarang BroFramestone ada ketengahkan isu pasal perigi cari timba hasil cetusan Ery Farieha. Maka TenangSudey pun rasa nak join skali.
Namun yang berbezanya hari ini, perigi cari timba dengan cara yang salah sehingga kadang2 diambil kesempatan oleh timba(apa punyer timba la kan). Hal ini kenapa? sebab nisbah lelaki dan wanita cukup besar. Sampai kadang-kadang ada lelaki yang belum kahwin lagi dah pasang 4 orang.. dah kahwin macam mano tuh?
Tak salah perigi nak cari timba, namun timba kena fahamlah kan, hakikat kebahagian itu bukanlah dengan memiliki, namun dengan menyayangi dengan keikhlasan. Sikap tidak jujur akan membinasakan hubungan yang dibina.
Maka lebih baiklah perigi yang cari timba daripada perigi yang membiarkan airnya diambil oleh sapa-sapa sahaja sehinggakan tercemar air dalam perigi tu. Tak kurang juga perigi yang terlampau memilih timba, akhirnya menjadi anak dara tua(andartu).
Kadang-kadang bagus juga perigi cari timba, sebab adat melayu sekarang dah jadi macam nak jual anak perempuan, hantaran macam nak buat bisnes pulak anak mereka. Akibatnya lepas kahwin, SESETENGAHnya bercerai berai sebab tak dapat nak maintain kehidupan rumah tangga yang dipenuhi hutang sana, hutang sini.
Adalah lebih baik, jika hantarannya sederhana, namun suami memberikan wang simpanan buat isteri dalam bank ataupun ASB dan juga membelikan insuran yang terbaik buat keluarga setelah makin berkemampuan dan stable. Jadi kalau jadi apa-apa kat suami, adalah benda yang menjamin anak-anak dan isteri. Ini kalau duit sudah banyak dihabiskan untuk nampakkan persandingan grand n jadi wedding of the year, tapi lepas kahwin makan maggi je no point gak.
Tidak dinafikan kahwin sekali je seumur hidup(kalau yang kahwin sorang je la kan), jadi nak la buat meriah-meriah kan, betul tuh, tapi kene la juga fikirkan plan untuk jangka masa panjang, supaya orang tersayang terjamin. Usah difikirkan megah dunia sampaikan megah di akhirat diabaikan..Anak-anak merana ntah ke mana-mana sahaja.
Memang betul, kadang-kadang dengan buat meriah-meriah tu tanda kita menghargai pasangan kita. Namun,wang atau kemegahan bukanlah hanya satu-satuya cara untuk menunjukkan penghargaan dan cinta.. Hakikat kasih sayang adalah ultimate kepada penghargaan.. ape guna kahwin hantaran berbilion bilon.. tapi jiwa sepi dan kosong lepas kahwin.. masing2 buat hal masing2... anak2 dibiarkan ke tepi.... rumah besar tapi jiwa kosong dan sepi mencari2 identiti yang belum pasti.
Saya tinggalkan pembaca sekalian dengan dua kata-kata hikmah
When God knows you are ready for the responsibility of commitment, He'll reveal the right person under the right circumstances. Wait patiently. Don't waste your time searching and wishing. Grow and be ready, you'll see God will give you a love story far better than you could ever dream of.
Dalam seseebuah hubungan, apa yang penting? menyayangi atau disayangi? Jawapannya mudah, menyayangi itu ialah sayap kanan, dan disayangi itu ialah sayap belah kiri, maka kalau sebelah sayap sahaja, bolehkah kita terbang?
Jadi, fikir-fikirkan dan apa pendapat anda? Kalau rasa berguna, kongsilah, sama-sama meraih manfaat.
0 Response to "Perigi Cari Timba dan Jodoh, Bagus Sangat ke Lelaki?"
Post a Comment