"Dah tak tahan sangat, kahwin sahaja" - Imam Muda Hassan

Panazz! Nampaknya kontroversi Hanis Suraya dengan Mr.R dan Isterinya terus berpanjangan. Semalam baru sahaja Chef Wan melontarkan komen pedas, hari ini giliran Juara Imam Muda Musim kedua pula memberikan nasihatnya..

“Bercuti dengan bukan Mahram tetapi ditemani oleh orang lain bukanlah satu alasan untuk menghalalkan apa yang haram. Matlamat tidak menghalalkan cara!

“Walaupun ditemani orang lain, tetapi adegan pegang tangan bersama tidak akan memungkinkan ia menjadi halal.

“Tak kisahlah kalau percutian anjuran syarikat sekalipun, jika batas-batas tidak dijaga di mana lelaki dan perempuan bebas bergaul tanpa batasan, ia tetap haram,” katanya.

Tambah beliau, perkara ini tidak perlu timbul kerana masing-masing pasti tahu batas-batas pergaulan antara bukan mahram.

“Dah tak tahan sangat, kahwin sahaja… Lepas itu nak bawa naik Gunung Everest sekalipun, tiada siapa yang halang.

“Jangan cuba menghalalkan yang haram!,” 

 Admin harap isu mereka dapat diselesaikan segera dengan baik. Kalau dah tahu salah perlulah minta maaf, tak gitu?

Pic from berita-harian.net

0 Response to ""Dah tak tahan sangat, kahwin sahaja" - Imam Muda Hassan"

Post a Comment