Drama Cinta Ibadah yang sedang ditayangkan di stesen televisyen swasta tempatan adalah antara drama yang mempunyai jalan cerita yang panjang di Malaysia. Mempunyai peminat yang tersendiri, ramai yang terbawa-bawa dengan watak dalam Cinta Ibadah sehingga ke alam realiti.
Antara yang terkena tempias kerana ketaksubkan penonton adalah Sherry Ibrahim dimana beliau telah dimaki hamun kerana karakter Dr Irma yang pada mulanya digemari ramai kerana mempunyai sifat yang baik dan sekarang watak itu dilihat sebagai penghancur rumah tangga Hafiz, Siti dan Rina yang dilakonkan oleh Fattah Amin dan Aishah llias.
Tidak dapat tahan dengan segala kata cacian daripada peminat fanatik mahupun haters, Sherry dalam status terbaru di Instagram meminta agar orang ramai berhenti memarahi serta mengeluarkan kata-kata tidak enak kepada beliau kerana watak didalam drama sama sekali tidak sama di alam realiti.
Assalamualaikum. This one sherry nak dedicate kepada semue peminat fanatik ataupun haters #cintaibadah . DR IRMA hanya lah character/watak dari skrip yang dah tertulis. Jadi kat sini sherry nak pesan kpd korang jgn lah sampai nak marah2 atau menggunakan bahasa kesat kat sini atau relatekan bende tu pd realiti. Reality nye sangat lain which tak perlu untuk Sherry justify atau nak reply satu2 comment yang tak berape sopan. Harap haters paham okay. Cause I’m human and I have feelings too . TQ .#takperluemoemoplease #doakanyangbaik2aja
Kesian juga kami lihat Sherry Ibrahim dimaki hamun, memang sukar untuk gambarkan perasaan beliau. Namun, pandanglah daripada sudut positif dimana anda sudah berjaya menghidupkan watak Dr Irma dan lakonan anda itu cukup terkesan kepada sesiapa yang menontonnya. Stay strong Sherry.
0 Response to "Terbawa-bawa Dengan Watak Dalam Drama Cinta Ibadah Sherry Ibrahim Dimaki Hamun Penonton"
Post a Comment