Rita Rudaini Alami Tekanan Perasaan & Batin Menderita

Kes perceraian penuh kontroversi pelakon Rita Rudaini dan Aidil Zafuan tidak asing lagi dikalangan peminat industri hiburan tempatan. Mempunyai beberapa fasa tertentu dalam proses bercerai  ia memberikan kesan yang amat mendalam buat aktres jelita ini.
Ada pihak yang menyokong Rita dan tak kurang juga mereka yang menghina beliau. Tindakan Aidil yang menceraikan Rita hanya menerusi SMS menyebabkan ibu kepada dua orang anak ini mengalami tekanan perasaan yang teruk dan batinnya menderita.
Walaubagaimanapun, beliau akhirnya bangkit dan semakin tabah demi mempertahankan hak anak-anaknya yang tidak berdosa.
Saya malu dengan masyarakat sehingga takut untuk keluar rumah. Saya juga mengalami tekanan perasaan kerana ditinggalkan seorang diri bersama dua anak yang masih kecil.
Namun semangat untuk mempertahankan hak anak-anak saya menguatkan diri dengan mengatasi gangguan emosi tersebut,
Rita mengeluarkan kenyataan berikut semasa menjawab soalan daripada peguam syarie Datuk Zaidi Mohd. Zain pada perbicaraan kes tuntutan mutaah berjumlah RM300,000 di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam iaitu Mawardi Che Wan semalam.
Aidil bagaimanapun tidak dapat hadir pada perbicaraan tersebut kerana sedang menjalani latihan bagi menghadapi perlawanan Piala AFC dimana satu perlawanan menentang Kelab Kitchee SC akan diadakan di Stadium Larkin, Johor Bahru malam ini.
Bercerita tentang soal cerai- berai  bukan lah satu perkara yang mudah untuk dihadapi oleh kaum wanita khususnya. Ini kerana, mereka akan selalu disalahkan walaupun kadang-kala si suami yang buat perangai, belum lagi tanggungjawab untuk menjaga anak-anak tanpa kehadiran suami di sisi.

0 Response to "Rita Rudaini Alami Tekanan Perasaan & Batin Menderita"

Post a Comment