Ini merupakan satu lagi perangai yang memang sangat tak senonoh. Artis popular ni kalau agama lan tak menjadi masalah. Tetapi, mereka beragama Islam. Nampak macam solat memang terjaga. Yang seorang makan daging katak dan seorang lagi menggemari daging labi-labi.
Kisahnya, dua artis ini mempunyai selera yang sangat pelik. Seorang suka makan katak dan seorang lagi sangat gemar makan daging labi-labi. Artis popular ini memang mengakui menggemarkan makana eksotik Cuma yang pelik status halal haram yang tak di ambil pusing mereka.
#Kalau nak makan pun, agak-agaklah. Bagi orang beragama Islam, makan daging binatang yang hidup dua alam ini jatuh haram.
#Bagaimanapun, dua artis popular ini tanpa rasa bersalah, setiap kali menikmati daging katak dan labi-labi. Selalunya restoran kegemaran dua artis popular terbabit dan sering dikunjungi untuk menikmati daging katak dan labi-labi ialah di Jalan Alor, Bukit Bintang.
Artis ini dengan bangganya bercerita daging katak sangat enak, malah ia jauh lebih sedap berbanding daging ayam. seorang lagi artis ini pula berkata, daging labi-labi sangat lembut dan manis apabila dikunyah.
#Apabila mendengar cerita betapa nikmatnya dua artis ini menikmati daging katak dan labi-labi, tekak Cik Pang berasa kembang.
0 Response to "PELAKON FEMES GEDIK (ISLAM) BALUN KATAK GORENG"
Post a Comment