ALABAMA – Bayi Eli, merupakan bayi lelaki yang menakjubkan kerana dilahirkan tanpa hidung. Eli, yang dilahirkan pada 4 Mac lalu di Hospital South Baldwin, disifatkan sebagai istimewa dan comel oleh ibu bapanya,meskipun dia tidak mempunyai hidung.
Keadaan itu dikenali sebagai congenital arhinia dan berlaku hanya kepada 37 bayi di seluruh dunia dengan nisbah satu kepada 197 juta orang.
Menurut bapanya, Troy Thompson, ketika Eli masih berada dalam kandungan ibunya, dia telah bergurau dengan menyatakan bahawa “Saya berharap dia tidak akan mengambil hidung saya’.
Jelasnya, ketika Eli dilahirkan dia dapat merasakan ada sesuatu berlaku namun doktor memberitahu bahawa bayi itu sempurna.
“Kemudian saya menjerit dia tidak mempunyai hidung,’’ kata Thompson.
Eli tidak dapat menghidu dan terpaksa menjalani tracheotomy untuk membantunya bernafas.
Thompson kini telah menubuhkan laman web GoFundMe bagi membantu mengumpul wang untuk si kecil itu yang mungkin akan menjalani pembedahan untuk pembinaan semula hidung, serta rawatan doktor yang berterusan.
Beliau memberitahu, doktor bagaimanapun mahu menunggu sehingga anaknya mencapai umur baligh untuk pembedahan itu.
“Kami melihat Eli sebagai sempurna. Sehingga hari di mana dia memerlukan hidung, maka kita tidak akan bercakap mengenainya. Kami akan bersabar,’’ katanya.
0 Response to "Menakjubkan.. Bayi Lahir Tanpa Hidung"
Post a Comment