Dibelasah Hingga Putus Tiga Jari

Sandakan: Seorang pencuri bernasib malang apabila bukan saja gagal mengambil barangan berharga selepas memecah masuk rumah penduduk, malah turut dibelasah sehingga putus tiga jari selain cedera di kepala dalam kejadian di Jambatan Tiga Kampung Batu Putih, Batu 7, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 5.30 petang, suspek berusia 44 tahun itu dipercayai cuba memecah masuk sebuah rumah di Jambatan Tiga sebelum perbuatannya disedari orang ramai yang kemudian menangkapnya.

Pada masa sama, penduduk yang gagal mengawal kemarahan bertindak memukul lelaki terbabit sehingga mengalami kecederaan.

Menurut penduduk kampung berusia 30 tahun yang enggan dikenali, lelaki terbabit memasuki sebuah rumah penduduk, namun disedari pemiliknya lalu menjerit meminta tolong.

“Suspek yang panik keluar untuk melarikan diri dan penduduk yang melihat kelibat suspek bertindak mengejarnya.

0 Response to "Dibelasah Hingga Putus Tiga Jari"

Post a Comment