Zul Ariffin Dan Gayatri Bercuti Sama Di Bali....






Pernah beberapa kali isu mengenai hubungan Zul Ariffin dan juga Gayatri Su-Lin Pillai menjadi bualan peminat industri hiburan dan juga peminat dan bagi kami, gambar terbaru pasangan ini bercuti di Bali menunjukkan sebenarnya hubungan mereka baik-baik sahaja.



BACA: Zul Ariffin: Saya Sedia Nanti, Saya Terus Kahwin



Melalui beberapa gmabar yang dikongsikan, kelihatan mereka sangat mesra, seperti menggunakan sepenuhnya masa berkualiti yang ada di sana dan kepada anda yang bertanyakan sama ada mereka pergi berdua sahajakah atau ditemani orang lain – jawapannya ialah mereka pergi bersama keluarga Zul.



Sebelum ini Zul pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak berniat untuk melangsungkan perkahwinan pada tahun ini kerana beranggapan bahawa perkara tersebut agak rumit.





“Kini, saya sibuk menyusun jadual kerjaya tetapi apabila saya berfikir mengenai persiapan kahwin, saya rasa ia rumit dan memeningkan kepala apatah lagi ia akan mengambil masa sehingga berbulan-bulan,” jelas Zul sebelum ini.



Buat peminat Zul di luar sana, doakan agar pasangan ini selamat diijabkabul tidak lama lagi. Atau ada peminat yang mahu ganti Gayatri terus? Okay, gurau saja. Semoga semuanya berjalan lancar ya Zul. (rtky/syfq)









0 Response to "Zul Ariffin Dan Gayatri Bercuti Sama Di Bali...."

Post a Comment