Not RM100 Diedit Jadi RM94.. Yang Gelak Tu Faham Ke GST?








MEMANG dah jadi kebiasaan kat Malaysia ni, setiap kali ada isu yang hangat diperkatakan maka ramailah ‘pak lawak’ akan muncul dengan karya kreatif mereka.



Apa yang dimaksudkan adalah usaha mengedit sesuatu gambar agar ia menjadi jenaka di Internet.



BACA: Majlis Fatwa Putuskan Hukum GST Sebagai Harus



Terbaharu, isu GST yang akan mula dipraktikkan di Malaysia bermula April depan dijadikan modal untuk mengedit gambar sekeping not kertas nilai RM100 menjadi RM94.





Bagi yang faham isu nasional ini, mereka pasti mengerti bahawa ia merujuk kepada 6 peratus yang ditolak daripada nilai barangan atau perkhidmatan yang dikenakan caj GST.



Bagaimanapun harus diingat, sekadar tahu bahawa GST mengenakan caj 6 peratus sahaja tak memadai kerana ianya sama juga seolah-olah anda tak faham.



BACA: GST Mampu Perkukuh Ekonomi Negara – Agong



Akibatnya, anda sama-sama mengkritik GST sedangkan bila diajak berbahas lebih daripada cerita 6 peratus, mulalah ternganga.



Justeru kepada yang menerima gambar not RM100 yang telah diedit ini, pastikan anda benar-benar faham apa itu GST… baru layak untuk ketawa ok?



- MYNEWSHUB.CC










0 Response to "Not RM100 Diedit Jadi RM94.. Yang Gelak Tu Faham Ke GST?"

Post a Comment