VIRAL!! Video Wanita Dipukul Dan Dibakar Hidup-Hidup Kerana Tolak Lamaran Perkahwinan.

http://goo.gl/MGqZNQ


ISLAMABAD: Seorang remaja perempuan Pakistan meninggal dunia hari ini (1 Jun) setelah diseksa dan dibakar - semata-mata kerana menolak lamaran anak lelaki seorang bekas rakan kerjanya.

Maria Sadaqat, 19 tahun, diserang oleh sekumpulan orang hari ini di kampung Upper Dewal berhampiran tempat peranginan Murree, di luar ibu kota Islamabad, menurut anggota keluarganya dan polis.

"Beliau teruk diseksa dan kemudian dibakar hidup-hidup. Kami membawanya ke hospital di Islamabad, malangnya beliau meninggal dunia hari ini," kata Abdul Basit, pakcik mangsa, kepada AFP di luar Institut Sains Perubatan Pakistan.

Para anggota keluarga dilihat menangis terisak-isak dan mengadakan bantahan di luar pusat tersebut, sedang polis membawa jenazah mangsa ke sebuah lagi hospital untuk dibedah siasat.

LELAKI SUDAH BERCERAI, JAUH LEBIH TUA

Encik Basit berkata anak saudaranya itu diserang oleh guru besar sebuah sekolah privet di mana mangsa sebelum ini bekerja sebagai guru. Mangsa juga diserang konco-konco lelaki tersebut setelah beliau menolak pinangan anak lelaki guru besar itu.

"Lelaki itu sudah bercerai dan usianya seganda lebih tua daripadanya, oleh itu beliau menolak lamarannya dan meletak jawatan apabila mereka berkali-kali mendesaknya... akhirnya mereka menyerang beliau," kata Encik Basit.

Polis menyatakan mangsa memberikan kenyataan kepada polis sebelum kematiannya, dan menyebut guru besar itu serta empat yang lain sebagai penyerangnya.

"Kami sudah menangkap sekurang-kurangnya salah seorang tertuduh dan sedang memburu yang lain," kata Mazhar Iqbal, pegawai yang mengendalikan siasatan pembunuhan itu.

MAUT AKIBAT KELECURAN TERUK

Seorang doktor di hospital tersebut berkata Allahyarhamha meninggal dunia setelah mengalami kelecuran teruk.

"Beliau sebenarnya beransur pulih, namun tidak terselamat kerana sebahagian besar tubuhnya melecur teruk," kata Ayesha Ihsani.

LAGI KES WANITA PAKISTAN DIBUNUH

Ini adalah kali kedua dalam lebih sebulan, seorang wanita Pakistan dibunuh akibat isu perkahwinan.

Sebelum ini, seorang wanita yang dipercayai berusia 16 hingga 18 tahun, diberi makan dadah, dicekik dan tubuhnya dibakar atas arahan sebuah majlis kampung (jirga) di barat laut Pakistan pada 19 April, dipercayai kerana membantu seorang rakannya melarikan diri dengan kekasihnya.

Malah, ratusan wanita dibunuh oleh anggota keluarga mereka di Pakistan setiap tahun, atas dasar mempertahankan maruah keluarga.

0 Response to "VIRAL!! Video Wanita Dipukul Dan Dibakar Hidup-Hidup Kerana Tolak Lamaran Perkahwinan."

Post a Comment