Syed Azmi Dedah Perbualan Jijik Grup Chat Pedofilia Tempatan |Sebelumnya seorang lelaki warga britain berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup selepas mengaku bersalah telah mencabul dan membuat serangan seksual terhadap bayi berusia 6 bulan dan kanak kanak 12 tahun,yang sebagiannya datang dari pada keluarga miskin.
Ekoran dari pada isu itu Syed Azmi Alhasbshi mendedahkan wujudnya satu grup chat pedofilia tempatan yang dilihat menggunakan kemudahan perkhidmatan Telegram untuk berhubung dan berkongsi gambar kanak-kanak di aplikasi tersebut.
Syed Azmi, yang mempunyai lebih 80,000 pengikut di Facebook memuat naik keratan gambar grup itu yang diperoleh dari seorang rakan yang secara tidak sengaja dijemput ke grup terbabit.
Difahamkan, grup itu dipercayai mula dibuat pada Januari tahun ini.
Antara mesej yang boleh dilihat di dalam keratan perbualan itu adalah gambar seorang kanak-kanak perempuan memakai baju renang, diikuti dengan komen-komen jijik dari ahli kumpulan grup terbabit.
Menurut Syed Azmi juga, dia akan membuat laporan polis terhadap grup tersebut.
Selain itu, Syed Azmi juga turut memperingatkan ibu bapa dan dirinya sendiri agar berhati-hati ketika berkongsi gambar anak-anak terutamanya di media kerana gambar-gambar terbabit boleh digunakan secara salah.
0 Response to "Syed Azmi Dedah Perbualan Jijik Grup Chat Pedofilia Tempatan"
Post a Comment