'Kalau Hang Masuk Wad Lagi, Aku Ceraikan Hang!'

Pengorbanan seorang ayah, sanggup berkorban apa sahaja demi anak yang terlantar sakit. Pakcik ini adalah client kami hari ini. Dia datang buat affidavit untuk sahkan lafaz cerai menantu kepada anaknya.

"Kalau hang masuk wad lagi, aku ceraikan hang!"

Sanggup seorang suami melafazkan kata-kata seperti itu pada isteri yang sedang melawan sakit.

Allah, saya kagum dengan pakcik ini. Dia seorang Orang Kelainan upaya (OKU). Dulu dia yang menjaga arwah isterinya selama 12 tahun yang menghidap pelbagai penyakit. Apabila isterinya meninggal dunia, dialah yang menjaga anak bongsunya yang menghidap penyakit yang sama dengan arwah isterinya.

Makan, pakai, masak, uruskan diri anak, berak kencing semuanya si ayah yang lakukan. Si menantu pergi mana?

Keluar masuk hospital, pergi cuci darah, semuanya hanya naik motosikal. Sedih mendengar cerita si ayah ini. Tetapi sedikit pun dia tidak merunggut.

"Rezeki dari Allah. Dengan duit pencen RM500 sebulan itulah yang pakcik guna untuk menanggung anak pakcik yang sakit dan menantu yang tak tahu berjasa itu," katanya.

Allah, bergenang air mata saya. Susahnya hidup si ayah ini. Nampak riak wajahnya sangat gembira bila kami tidak mengenakan sebarang bayaran padanya. Alangkah tabahnya si ayah ini. Dia redha dengan aturan Allah.

"Habuan pakcik nak," katanya sambil dia membuka pintu dan berlalu pergi. - Mohd Hazwan

0 Response to "'Kalau Hang Masuk Wad Lagi, Aku Ceraikan Hang!'"

Post a Comment