Suami Tergerak Hati Nak Tengok Balik Chat LAMA Antara Dia Dan Isteri, Akhirnya Suami Sedar





@Bila pukul 2 lebih je, mesti isteri wassap saya, tanya dh lunch ke belum. Dan jawapan saya biasanya sama "tak makan. Abang sarapan je". So daripada jawapan saya tu dia tahu dia kena masak.

Pukul 7.00 malam saya sampai rumah. Tapi yang musykilnya, nasi masih tak berhidang. Lauk masih dalam periuk. Air panas still dalam cerek.

Dulu takdelah macam ni. Tapi sekarang, hmm, entahlah. Nak cakap pun tak kena. Sebab tak nak kecoh, saya senduk nasi sendiri. Ambil lauk sendiri dan taruk sayur sendiri.

Bila dah lama sangat macam tu, sekali tu saya tegur dia.

"Awak, Abang nak tanya ni.."
"Ye abang. Apadia.."
"Boleh dikatakan setiap hari awak akan tanya Abang dah makan tengahari ke belum. Tapi bila Abang sampai rumah, awak tak hidangkan pun untuk Abang. Abang dah lah balik penat bekerja. Sepatutnya tolonglah sendukkan nasi. Buatkanlah air siap-siap.."

Dia hanya tunduk. Dan lepas tu dia minta maaf sebab tak dapat nak buat tu semua untuk saya selama ni. Esok dia janji takkan buat lagi.

Malam tu, dia tidur awal. Penat katanya. Saya yang masih tak ngantuk, tengok-tengok mesej dalam aplikasi whatsapp. Dan masa tu, tiba-tiba tergerak hati nak tengok balik chat antara saya dan isteri.


Lama saya meneliti. Lepas satu satu saya scroll mesej-mesej lama saya dengan dia. Dan mungkin Allah nak sedarkan saya bahawa saya telah silap dalam 'menghukum' Isteri, Allah temukan balik mesej isteri saya sebelum pukul 2, jam yang biasanya dia tanya saya dah makan belum.

"Abang.. Anak-anak melasak. Sorang pun taknak tdo ni ha. Kalau sempat nanti, saya masak untuk abang ye.."

"Abang.. Lengan kanan saya sakit sangat la. Nak angkat pun tak larat. Dari semalam lagi macam ni. Salah tdo kot"

"Abang.. Kepala saya berdenyut. Mungkin sebab x cukup tidur"

"Abang.. Adik gigit kakak. Kakak pulak tarik rambut adik. 22 ni asyik bergaduh je"

"Abang.. Lepas basuh dan jemur baju nanti, sy masakkan untuk abang neh"

"Abang.. Kalau abang senang, petang ni minta abang belikan susu ideal. Nak buat kuah bread puding"

"Abang.. Pukul 3 insyaAllah sy masakkan kari Abang. Skrang tgah melayan anak-anak mewarna"


Allahurabbi. Kenapa saya begitu buta selama ni. Bukankah sebelum tu dia dh maklumkn pada saya yang dia sibuk menguruskan rumah dan anak-anak. Tapi dalam sesibuk dia tu pun, dia masih boleh menyiapkan makanan untuk saya.

"ya Allah.. Maafkan lah saya dan rahmatilah dia.."

Dalam hangat air mata tu, saya kiss dahi dia dan send kan dia sebuah mesej..

"Terima kasih sayang. Maafkan Abang"

##sebenarnya, tanggungjawab kita yang kena siapkan semua tu. Isteri cuma layan kita je. Tapi bila dia dah buat jangan banyak komplen. Ucapkanlah terima kasih dulu. Dan kalau nak tegur pun, tegur la elok-elok. Peringatan untuk diri sendiri.





Sure Nangis...

0 Response to "Suami Tergerak Hati Nak Tengok Balik Chat LAMA Antara Dia Dan Isteri, Akhirnya Suami Sedar"

Post a Comment