a. Tinggal lebih kurang dua bulan saja lagi bakal melangsungkan perkahwinan, penyanyi Hafiz Suip akui dia dihantui perasaan takut dan gementar untuk melangkah ke alam rumahtangga.
b. Hafiz Suip berkata apa yang membuatkan dia takut adalah apabila saat semua tanggungjwab bapa bakal tunangnya bertukar ganti ke bahunya. “Bila tengok pengalaman rakan saya yang baru sahaja bernikah seperti Akim dan adik saya yang turut baru melangsungkan perkahwinan, saya tiba-tiba rasa takut pula.
c. “Rasa macam- macam lah sebenarnya apabila tanggungjawab itu akan beralih ke bahu saya nanti sebab itu saya perlu membuat banyak persiapan mental selain fizikal,” katanya kepada murai.com.my
Hafiz ditemui sidang media konsert Dato Siti Nurhaliza & Friends 20th Anniversary bertempat di Menara Celcom, Rabu lalu.
d. Mengulas mengenai persiapan perkahwinannya, Hafiz memberitahu ia sudah pun siap sebanyak 40 peratus. "Satu pengalaman baru bagi saya dalam mengurus hal dan persiapan kahwin ni. Seperkara yang saya belajar ialah saya perlu betul-betul membahagikan masa antara bersama keluarga, buat persiapan dan komitmen terhadap kerjaya.
e. "Saya bernasib baik kerana keluarga terutama ibu saya banyak membantu menguruskan hal persiapan namun apa-apa keputusan masih di tangan saya.
f. “ Jadi itu yang buat saya sedikit kelam kabut. Iyalah manakan nak beri tumpuan pada kerja serentak dengan buat persiapan,” ceritanya lagi.
g. Hafiz bakal bernikah Nureffy Jasreel Abdullah, 22, pada 14 Mei depan dan majlis pernikahan akan diadakan di Kuching Sarawak.
h. Terdahulu Hafiz dan Nureffy mengikat tali pertunangan pada 27 Februari tahun lalu.
Mengenai perkembangan lain, Hafiz bakal muncul dalam konsert eksklusif Dato Siti Nurhaliza & Friends yang akan berlangsung 2 April depan.
SUMBER : murai.com
p/s : Alhamdulillah, artis yang penuh bakat dan sangat peramah ini bakal mendirikan rumahtangga. Jika dillihat daripada penjelasan Hafiz mengenai persediaan masa untuk keluarga dan kerjaya, Hafiz boleh dikatakan sebagai seorang anak dan bakal suami yang baik. Jangan takut Hafiz, insyaAllah akan dipermudahkan Allah. Kahwin itu sebahagian daripada sunnah Rasullullah yang akan membahagiakan Hafiz. Semoga persiapan majlis Hafiz berjalan lancar.

0 Response to "TALI PERTUNANGAN Akan Berakhir HAFIZ!! TUNANG HAFIZ Redha PENGAKUAN DAN KEPUTUSAN Dari HAFIZ"
Post a Comment