WOW !! Hati ABAM BOCEY diTAWAN PENUNTUT UNIVERSITI !!!


"Dia berasal dari Lahad Datu, Sabah. Cumanya, sekarang ini dia tinggal di Shah Alam, Selangor. Saya belum berkesempatan untuk bertemu dengan ibu bapanya lagi. Bagaimanapun, saya akan berjumpa dengan abangnya yang juga tinggal di Semenanjung terlebih dulu," katanya. 

Kongsi Abam, wanita tersebut memberitahu mula meminati dirinya selepas menonton program masakan Ketuk-Ketuk Ramadan yang dihoskan Sheila Rusly. 

"Dia beritahu mula mengikuti perkembangan saya selepas melihat saya memasak. Dia mungkin suka lelaki yang pandai masak kot," seloroh pelakon filem 'Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa' itu. 

Sungguh pun wanita tersebut merupakan orang luar industri, kata Abam, dia seorang yang amat memahami kerjayanya. 

"Saya pernah bawa dia melihat sendiri bagaimana saya bekerja. Dari situ, dia boleh faham cara kerja saya. 

"Sebab itu apabila dia mesej dan beritahu tengah kerja, dia tak akan mesej lagi dan hanya tunggu saya mesej atau menelefon dia semula sahaja," tuturnya. 

0 Response to "WOW !! Hati ABAM BOCEY diTAWAN PENUNTUT UNIVERSITI !!!"

Post a Comment