Sultan Johor buat kejutan lagi......kali ini seawal jam 6.45pagi. Apa pula yang baginda buat kali ini??

MUAR: #Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar mengejutkan pelanggan di Restoran Al Ziya Fathima di Pusat Perniagaan Mas Jaya, Jalan Salleh, di sini, pagi ini, apabila mencemar duli bersantapan pagi bersama mereka.

Baginda #tiba pada jam 6.45 pagi dengan menaiki kenderaan rasmi baginda dan diiringi Pegawai Daerah Muar, Ramlee A Rahman.

Sultan #Ibrahim juga memesan makanan kegemaran baginda iaitu roti canai kari kambing dan ayam serta minuman halia o ais.

Sebagai seorang yang berjiwa rakyat, baginda turut meluangkan masa bersembang bersama rakyat dan berkenan untuk bergambar bersama pelanggan #di restoran berkenaan.

Selepas #meluangkan masa kira-kira 40 minit, baginda kemudian berangkat pulang ke Istana Tanjung dengan memandu sendiri kenderaan pacuan empat roda baginda.

0 Response to "Sultan Johor buat kejutan lagi......kali ini seawal jam 6.45pagi. Apa pula yang baginda buat kali ini??"

Post a Comment