Rimas Diajak Buat Seks Secara Kasar, Isteri Potong 'Senjata' Suami

JEMPOL: Padah mendesak isteri melakukan hubungan seks secara kasar, seorang suami berdepan detik hitam dalam hidup apabila isterinya nekad memotong kemaluan lelaki terbabit ketika sedang tidur di rumah mangsa, di sini kira-kira 1.40 pagi tadi.
Mangsa, 44, merupakan seorang warga negara Pakistan mengalami pendarahan selepas alat sulitnya dipotong menggunakan mata pisau cukur.
Berdasarkan siasatan awal, kejadian dipercayai berlaku kerana sikap suami yang suka mendesak isterinya melakukan hubungan seks secara kasar, kata Ketua Polis Daerah Jempol, Superitenden Noorzainy Mohd Noor .
Menurut Noorzainy, mangsa sebelum itu bertindak memukul isterinya yang berusia 51 tahun kerana enggan mengikut kemahuannya.
"Semasa suami sedang tidur, isterinya mengambil sebilah pisau cukur kemudian memotong bahagian sulit suaminya.
"Dalam keadaan berdarah, lelaki itu kemudiannya menuju ke Balai Polis Batu Kikir untuk meminta bantuan.
"Dia kemudiannya di bawa ke Hospital Jempol, sebelum dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur untuk penyambungan semula kemaluan yang telah dipotong," katanya dipetik Sinar Harian.
Noorzainy turut memaklumkan bahawa kedua pasangan telah membuat laporan polis dan pihaknya telah merakam percakapan mereka untuk tindakan lanjut.
"Isteri mangsa dibawa ke Mahkamah Majisteret Jempol untuk mendapatkan perintah reman," katanya dipetik.
Mangsa kini berada dalam keadaan stabil dan sedang dirawat di hospital.
Kes akan disiasat mengikut Sesyen 326 Kanun Keseksaan.

0 Response to "Rimas Diajak Buat Seks Secara Kasar, Isteri Potong 'Senjata' Suami"

Post a Comment