9 Perkara Ini Jangan Sesekali Disebut Bila Gaduh Suami Isteri



9 Perkara Ini Jangan Sesekali Disebut Bila Gaduh Suami Isteri

Lumrah suami isteri pasti akan berdepan perselisihan pendapat tapi macam mana gaduh sekali pun anda suami isteri, 9 perkara ini jangan sekali-kali disebut pada pasangan. Kata-kata ini amat menyakitkan hati pasangan, ia tidak membantu menyelesaikan masalah sebaliknya menambahkan konflik.

1. Ceraikan saya - yang ini selalu disebut oleh para isteri bila berdepan konflik besar. Bertenang, jaga emosi, bimbang anda menyesal.


2. Saya tak marah – kalau tak marah kenapa tinggikan suara dan menghempas pintu. Jangan menafikan apa yang anda rasa. Marah katakan marah, biar pasangan tahu.


3. Awak ni kan macam ayah/ mak  awak jugak – ini bermakna anda sedang memperkatakan keburukan  mentua dan pasangan sendiri. Kata-kata ini juga akan buat suami/isteri lebih marah.


4. Awak ni …(diikuti kata-kata kutukan) - pemalas, suka tidur saja atau kata-kata yang  membandingkan suami dengan orang lain seperti  ‘awak ni tak macam suami liza tu…” Ia amat menyakitkan hati dan membuatkan suami rasa tak dihargai.


5. Tengok anak-anak dah nangis – anda mengambil kesem
patan menyalahkan pasangan. Tapi lebih penting untuk diingat jangan sesekali bergaduh depan anak.


6. Awak selalu saja lambat, tak pernah nak tolong – kata-kata ini menunjukkan betapa anda tidak pernah yakin kepada suami/isteri bahawa  dia akan berubah. Ia langsung tak memberi semangat kepada pasangan.


7. Semua ini salah awak – bila berlaku konflik dalam rumah tangga jarang hanya satu pihak yang bersalah sepenuhnya. Jadi nilaikan juga kesalahan sendiri.


8. Awak tak sayangkan saya lagi – seolah-olah anda adalah mangsa, ia tak menyelesaikan masalah.


9. Patutlah orang asyik ingatkan saya pasal ini tentang awak – anda menunjukkan kekesalan memilih dirinya sebagai pasangan hidup.  Lebih dari itu jangan babitkan orang lain dalam konflik rumah tangga anda.

Kesimpulannya bila berdepan dengan konflik rumah tangga, suami isteri jangan terbawa-bawa emosi. Elak berbincang dalam keadaan marah. Berikan masa untuk diri anda bertenang sebelum berdepan dengan pasangan.

0 Response to "9 Perkara Ini Jangan Sesekali Disebut Bila Gaduh Suami Isteri"

Post a Comment