TAUKE MAHU JEMPUT ‘BEKAS-BEKAS ISTERI’ KE PERKAHWINAN KE-4?

Pelawak Tauke memberitahu, dia berhasrat mahu mengundang bekas-bekas isterinya ke majlis perkahwinannya nanti.
Memetik laporan Mangga online, Tauke berkata, sebelum ini memang dia tidak berhubung dengan bekas isteri pertama namun dia sudah berbaik-baik dengan wanita tersebut baru-baru ini sekaligus dia dapat berhubung anak-anaknya.
“Kami baik-baik sahaja. Mana tahu mungkin saya akan jemput bekas-bekas isteri ke majlis perkahwinan saya nanti,” komennya.
Tauke pernah berkahwin sebanyak tiga kali dan mempunya enam orang anak hasil hubungan dengan isteri pertama dan kedua.
Beliau berkahwin dengan isteri ketiga pada 2012 namun hubungan itu juga tidak bertahan lama.
Pada 6 Disember lalu, Tauke mengikat tali pertunangan dengan seorang wanita bernama Nadia, 26, yang merupakan kenalannya selama empat tahun.
Mereka merancang untuk berkahwin pada Disember tahun hadapan namun tidak menolak jika jodoh dipercepatkan.
Tauke 10 tahun rindukan anak

GARA-GARA memuat naik gambar bersama seorang wanita di laman Instagramnya, Tauke telah menerima kecaman dan dilabel sebagai kaki perempuan.
SERING dilabelkan kaki perempuan dek acap kali bertukar ganti teman wanita dan sering pula terpalit kisah kontroversi melibatkan wanita, pelakon dan pelawak popular, Tauke Jambu sebenarnya menyimpan satu sisi yang berat dan terpaksa ditempuhinya selama ini.
Mungkin ramai yang tidak tahu, Tauke atau nama sebenarnya Zamratul Amri Zakaria, 38, itu mempunyai enam orang anak hasil dua perkahwinannya terdahulu. Luaran nampak gembira, namun dalamannya, Tauke mengakui kerinduan terhadap anak-anak tidak pernah luntur selama ini.
Bergelar duda sejak lebih tiga tahun lalu, peserta Raja Lawak musim pertama itu mendedahkan, dia telah terpisah dengan tiga orang anak hasil perkahwinan bersama bekas isteri pertamanya untuk tempoh yang cukup lama iaitu 10 tahun. Perihal kerinduan dan duka sepi seorang bapa itu antara yang diluahkan Tauke kepada Kosmo! dalam satu pertemuan baru-baru ini.
Pelakon yang bakal muncul dengan filem Mana Mahu Lari itu bagaimanapun enggan mendedahkan nama kedua-dua bekas isteri dan anak-anaknya.
Kosmo!: Boleh anda kongsikan apa sebenarnya yang terjadi dalam hubungan anda bersama anak-anak dan bekas isteri pertama?
Tauke: Sebenarnya, sejak 2004 lagi saya sudah terputus hubungan dengan anak-anak, malah, bekas isteri juga tidak dapat dihubungi selama tempoh itu. Sebagai seorang ayah dan mereka pula anak-anak saya, bohong jika saya katakan tidak merindui mereka. Mereka ialah anak saya sendiri, darah daging saya. Memang saya benar-benar rindu dengan anak-anak tetapi tidak tahu bagaimana cara untuk berhubung dengan mereka.
Sejak masuk Raja Lawak pada tahun 2007, saya pernah terjumpa laman akaun Facebook anak pertama (perempuan) yang kini berusia 15 tahun. Saya cuba hubungi dia tetapi tiba-tiba akaun saya disekat. Saya seperti dihalang untuk berhubung dengan anak-anak. Namun, saya sangat berharap agar satu hari nanti, saya dapat kembali berhubung dengan mereka atas dasar sebagai seorang ayah dan anak.
Kadang-kadang apabila perasaan rindu itu timbul membuak-buak, saya cuba luahkan di laman sosial seperti Facebook dan sebagainya. Mana mungkin saya boleh lupakan mereka, tetapi saya sendiri tidak tahu bagaimana caranya untuk menghubungi mereka. Saya cuma berhubung dengan anak-anak hasil perkahwinan kedua saya.
Mengenai kes anda yang didakwa telah menghamun peminat gara-gara sekeping gambar bersama seorang wanita di laman Instagram baru-baru ini, boleh anda jelaskan apa yang terjadi?
Sebenarnya, wanita tersebut salah seorang salah kenalan saya. Kami sekadar kawan. Tidak sangka pula gambar tersebut telah mengundang persepsi yang buruk sehingga dilabelkan sebagai kaki perempuan. Perkara itu tidak benar dan individu yang menyerang saya itu sebenarnya ialah ‘keyboard warrior’ yang sering melakukan serangan tanpa usul periksa kepada para artis termasuklah saya.
Tindakan saya memaki hamun tersebut kerana mahu memberi pengajaran kepada individu yang tidak bertanggungjawab seperti itu. Sebelum ini pun sudah ramai rakan artis pernah mengalami situasi yang sama. Sebab itu, jika mereka itu dibiarkan, situasi akan jadi lebih teruk. Mereka hanya menggunakan laman akaun palsu yang diwujudkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab semata-mata untuk menimbulkan kekacauan.
Selepas kejadian itu, sebagai seorang artis dan dikenali ramai, apakah langkah yang diambil oleh anda dalam mengekang sikap segelintir orang luar yang cuba mengganggu hidup anda?
Saya sedar, bila seseorang itu sudah ada nama dan dikenali ramai, kami tidak akan terlepas daripada unsur tohmahan seperti itu. Perkara seperti itu juga merupakan antara cabaran untuk anak seni seperti saya. Saya pun tidak lari daripada melakukan kesalahan sama seperti orang lain.
Selepas ini saya akan lebih berhati-hati dalam apa jua tindakan. Selepas dihentam teruk di laman sosial, saya mengambil pendekatan untuk menyekat mana-mana akaun yang tidak bertanggungjawab.
Tauke Jambu Akui Sudah Nikah Untuk Kali Ketiga Di Thailand
Memang benarlah kata orang yang lelaki kelakar sering mendapat tempat di hati wanita. Bukan senang untuk buat wanita ketawa. Namun sekali anda dapat buat, pastinya wanita tersebut akan terpikat dengan anda. Abang Nara memang suka dengan lawak Tauke Jambu dan tidak terkejut apabila membaca pengakuan Tauke yang dia sudah bernikah kali ketiga di Thailand dengan isterinya, Meera.
Pernikahan yang dilakukan sebelum menyertai rancangan Super Spontan ini telah ditemani dengan beberapa saksi. Kata Tauke kepada portal Murai:-
Yang sebenarnya, saya dah 3 kali berkahwin. Dengan isteri pertama, saya dah lama cerai. Manakala dengan isteri kedua masih dalam proses penceraian dan menunggu kata putus dari mahkamah. Semuanya berlaku secara kebetulan yang mana saya bernikah dengan isteri baru saya iaitu Meera sebelum saya jatuhkan talak secara sah kepada isteri saya sebelum ini. Saya juga mengaku bahawa saya berkahwin dengan Meera di Thailand dengan ditemani beberapa saksi.
Namun perkahwinan kali ketiga Tauke ini turut dilanda badai akibat kemunculan orang ketiga. Menurut Taukey, dia sudah tidak berjumpa dan tinggal sebumbung dengan Meera kira-kira sebulan lamanya.
Saya dan Meera masih sah suami isteri. Suami mana yang tidak sayangkan isterinya. Namun, secara jujur sudah hampir sebulan lebih saya tidak berjumpa dan tinggal sebumbung dengan Meera. Saya juga tidak menafikan bahawa kami sedang mengalami masalah rumahtangga. Saya boleh katakan disini, ianya berpunca dari hasutan dari orang ketiga.
Abang Nara doakan agar perkahwinan ketiga Tauke Jambu ini dapat diselamatkan. Bini pun boleh tahan cunnya jugak. Takkan tak sayang bini kot. Apa pun Abang Nara kini sedang berusaha untuk kurangkan lawak di depan khalayak ramai takut ada awek terpikat pulak. Kang tak pasal-pasal wife Abang Nara mengamuk pulak. Hehehe.

0 Response to "TAUKE MAHU JEMPUT ‘BEKAS-BEKAS ISTERI’ KE PERKAHWINAN KE-4?"

Post a Comment