Pak Yus Sempat Uji Semangat Setiakawan Ajak, Pinjam RM5000

Ini merupakan satu lagi kisah tentang keperibadian arwah Yus Jambu. Kisah ini dikongsikan oleh pelawak Ajak Shiro, slah seorang rakan baik Pak Yus.
Bagi Ajak Shiro, sebelum pemergian Yus Jambu, arwah Yus Jambu sempat menguji tahap persahabatan mereka berdua.
Ini komennya:
“Minggu terakhir sebelum Pak Yus meninggal dunia, dia ada menelefon saya. Katanya ingin meminjam wang sebanyak RM5000. Tanpa banyak soal saya terus meminta nombor akaun bank miliknya agar saya dapat membantu. Pada fikiran saya ketika itu, mungkin Pak Yus benar-benar dalam kesusahan,”
Selepas wang dimasukkan pada hari Rabu, Allahyarham berjanji akan membayar kembali pinjaman itu secepat mungkin. Tanpa disangka, pada hari Khamis Pak Yus meminta nombor akaun bank Ajak dan sebanyak RM4500 telah dimasukkan ke dalam akaun berkenaan sebagai bayaran balik.
“Aku bayar hang lagi RM500 pada hari Jumaat sebab aku dah dapat duit Super Spontan (wang hadiah),” kata arwah Yus Jambu.
Tanpa banyak soal, Ajak Shiro terus bersetuju walaupun tindakan Yus agak pelik. Pada hari Jumaat minggu lepas, Pak Yus menyerahkan wang tunai sebanyak RM500 di tangan Ajak. Sekali lagi, Ajak terasa pelik tetapi mengambil keputusan untuk berdiam sahaja.
Rupa-rupanya, Arwah Yus Jambu ternyata ingin menguji semangat setiakawan Ajak. Sebenarnya wang hadiah Super Spontan ketika itu sebenarnya masih belum diterima. Perkara itu diceritakan sendiri oleh Tauke Jambu kepada Ajak.
“Tauke ada beritahu saya, Pak Yus ada memberitahunya yang dia ingin sekali berpasangan dengan Ajak jika Tauke tidak lagi bersamanya. Katanya, saya adalah benar-benar seorang kawan kerana sanggup membantunya. Tak sangka Pak Yus sebenarnya hendak menguji saya,” kata Ajak yang masih bersedih dengan pemergian Allahyarham.
Ada satu kejadian yang pernah dilakukan Allahyarham untuk menguji Ajak. Pak Yus memanggil Ajak untuk meminta bantuan kononnya keretanya rosak.
“Saya tanpa banyak soal terus mengikut Pak Yus. Rupa-rupanya kereta yang dimaksudkan adalah sebuah kereta prop,” kata Ajak lagi. Ternyata Pak Yus amat mementingkan setiakawan dan sering menguji orang sekeliling untuk menilai sejauh mana erti persahabatan bagi mereka.
Sumber: EwahEwah

0 Response to "Pak Yus Sempat Uji Semangat Setiakawan Ajak, Pinjam RM5000"

Post a Comment