DONALD TRUMP HILANG KELAYAKAN BERTANDING JAWATAN PRESIDEN AS


WASHINGTON - Hartawan terkenal Donald Trump hilang kelayakan untuk bertanding jawatan Presiden Amerika Syarikat (AS) setelah mengeluarkan kenyataan 'bodoh' terhadap umat Islam baru-baru ini. 

Trump yang dalam proses melobi rakyat AS untuk menjadi presiden terpaksa berputih mata apabila White House mengumumkan bahawa Trump gagal dan tidak layak untuk bertanding kerana menggesa AS menghalang orang beragama Islam masuk ke negara itu.

"Apa yang diucapkan oleh Trump pada Isnin lalu telah mengagalkan dirinya untuk bertanding sebagai presiden, Setiap Presiden AS perlu berjanji untuk memelihara, mempertahankan dan melindungi undang-undang persekutuan AS. Namun kata-kata Trump membuktikan sebaliknya," kata Setiausaha Media White House, John Earnest kelmarin.

Berikutan kenyataan panas Trump itu, beliau dikecam teruk oleh rakyat AS, calon presiden lain dari parti yang sama (Republican) dan Presiden AS sendiri, Barack Obama. 

Selain itu, beberapa buah negara juga menyekat penjualan produk yang dihasilkan oleh syarikat-syarikat dibawah naungan Trump. Terbaru, Britain telah mengumumkan sekatan terhadap Trump memasuki negara itu selepas usul sekatan itu dibawa ke Parlimen dan meraih ribuan tandatangan mereka yang mengecam kenyataannya itu. - THEHYPEMEDIA.COM

0 Response to "DONALD TRUMP HILANG KELAYAKAN BERTANDING JAWATAN PRESIDEN AS"

Post a Comment