TRAGIS !! Kanak-kanak Diculik Depan Mata Ibu

Kajang – Seorang kanak-kanak lelaki, Lee Zhi Yang, 5, didakwa diculik ketika ibunya hendak menghantarnya ke sebuah tadika di Taman Setia, Sungai Chua, di sini 9 pagi tadi.
Ketika kejadian, kereta yang dipandu oleh ibu mangsa, Lim Ker Shing telah dihampiri oleh dua orang lelaki terbabit sebelum mereka bertindak merampas dan menculik mangsa daripada ibunya.
Kenderaan yang dibawa dua lelaki itu dipercayai kereta jenis Proton Saga berwarna hitam.
Dua lelaki berkenaan telah merampas dan melarikan kanak-kanak itu dan ibu mangsa terjatuh dan tidak dapat mengejar kenderaan berkenaan.
Bapa mangsa Lim Kim Wen ketika dihubungi mengesahkan anak lelakinya diculik, namun enggan mengulas lanjut, lapor Kosmo.

0 Response to "TRAGIS !! Kanak-kanak Diculik Depan Mata Ibu"

Post a Comment