Balik Pulau: Suspek kes bunuh pelajar perempuan tingkatan lima di rumah mangsa di Flat Bandar Baru Teluk Kumbar, direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.
Suspek direman di Mahkamah Majistret Balik Pulau bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Lelaki berusia 20 tahun itu dan bekerja sebagai pengawal keselamatan di sekolah di Bayan Lepas, di sini.
Menurut sumber, siasatan awal mendapati suspek cemburu kerana mangsa berkawan dengan lelaki lain.
"Semakan rekod juga mendapati suspek pernah ditahan kerana menghisap dadah dua bulan lalu.
"Setakat ini, kita masih menuggu laporan bedah siasat," katanya. - HM
Berita dilaporkan sebelum ini :-
Seorang pelajar perempuan tingkatan lima dijumpai mati di bilik tidurnya di Pangsapuri Bandar Baru Teluk Kumbar, Pulau Pinang, malam tadi.
Mayat remaja berkenaan, Intan Suraya Mawardi, 17 tahun, ditemukan dengan kesan kelar di leher kira-kira jam 7.30 malam oleh bapanya.
Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, DSP Siti Nur Salawati Saad berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika bapa mangsa tiada di rumah.
Menurutnya, bapa mangsa yang baru pulang dari kerja terkejut apabila mendapati anaknya terbaring di atas katil tidak bernyawa.
"Polis menemui kesan pergelutan di dalam bilik tidur itu. Kita masih lagi menyiasat kes berkenaan dan tidak boleh memberi penjelasan lanjut.
"Kita ada menahan seorang lelaki berusia 20-an di kawasan Teluk Kumbar bagi membantu kes berkenaan. Polis percaya suspek itu mengenali mangsa yang dibunuh," katanya di sini, malam tadi.
Beliau berkata, penahanan lelaki itu dibuat selepas polis menjumpai telefon bimbit kepunyaan mangsa serta sebilah pisau yang dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut.
Suspek direman pagi Isnin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - Awani
0 Response to "Punca Kejadian Kes Bunuh Pelajar Tingkatan Lima Dalam Bilik Tidur.."
Post a Comment