Mekah : Jenazah Zulkifly selamat dikebumikan di tanah perkuburan syara’ik di sini pada pukul 2.50 pagi ini (7.50 pagi waktu Malaysia) selepas Suriahanim melakukan proses pengecaman jenazah suaminya itu di rumah mayat Muassiem di Mina, malam tadi.
Isteri cerita detik sebelum kejadian ..
Isteri jemaah haji Malaysia yang terkorban dalam insiden rempuhan di Mina, reda dengan ketentuan Ilahi kerana suaminya sememangnya sangat berhajat untuk berjalan kaki dari Muzdalifah ke Mina, bagi melaksanakan ibadat melontar pada waktu duha (antara 7 pagi hingga 11 pagi).
Suriahanim Abd Hamid, 40, berkata, pada awalnya dia cuba menghalang suaminya, Zulkifly Samad, 50, berbuat demikian kerana tindakan itu nyata tidak mengikut nasihat Tabung Haji (TH) yang telah menetapkan waktu untuk jemaah Malaysia melakukan ibadat melontar di Mina, selepas 5.30 petang.
“Memang niatnya hendak berjalan kaki dari Muzdalifah ke Mina (selepas berwukuf di Arafah pada 23 September). Kami naik bas bersama ke Muzdalifah (untuk bermabit) dari Arafah. Riak wajahnya berubah bila saya tidak bersetuju.
“Saya bersetuju akhirnya, arwah suami mahu berjalan kaki ke Mina (kira-kira 3 kilometer) sebagai mengikut sunah Rasullulah. Pada 7.30 pagi (24 September) saya menelefon suami dan suami maklumkan dia sudah sampai ke Mina,” katanya di sini. Alfatihah
0 Response to "Sayu : Bersemadilah dengan tenang wahai suami ku.. kami pasti merindui mu"
Post a Comment