Muhyiddin perlu dipecat jika khianati parti – Azalina


Azalina Othman
Kuala Lumpur
-Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu dipecat jika didapati bertindak khianat kepada parti.
Menteri di jabatan perdana menteri itu turut kecewa kerana Muhyiddin terus mempertikaikan perdana menteri dalam isu 1MDB.
Pemimpin Umno Johor itu mengulas video menunjukkan Muhyiddin menyebut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengaku bahawa wang sebanyak RM2.6 bilion dimasukkan ke akaun peribadi.
“Saya tidak faham, siang kata hendak beri sokongan padu, malam keluar video. Bagi saya kalau orang derma duit kat saya suruh jaga anda semua dan simpan atas nama saya, itu hubungan saya dengan penderma…
“Apa salahnya?,” kata Azalina seperti dipetik dalam laporan Berita Harian hari ini.

MP Pengerang itu seterusnya menegaskan, Muhyiddin tidak kebal dari tindakan disiplin parti, termasuk pemecatan sekiranya khianat kepada Umno.
Bagaimanapun, Azalina berkata beliau tidak dapat menentukan jika tindakan Muhyiddin setakat ini merupakan perbuatan khianat.
“Bagi saya, sesiapa pun boleh dipecat kalau dia mengkhianati parti. Dia perlu dipecat.
“Saya tidak tahu lagi (sama ada Mukhriz mengkhianati parti), tidak tahu hari ini dia buat apa, esok lusa (mungkin) dia bakar bendera Umno ke, tidak tahu,” katanya lagi.



0 Response to "Muhyiddin perlu dipecat jika khianati parti – Azalina"

Post a Comment