Hanya 3 Pesawat Boeing 777 Terhempas Di Dunia, Salah Satunya MH370 Hilang Di Lautan Hindi

Hanya 3 Pesawat Boeing 777 Terhempas Di Dunia, Salah Satunya MH370 Hilang Di Lautan Hindi | Rekod sejarah penerbangan pesawat Boeing menunjukkan hanya tiga buah pesawat dari model 777 yang pernah terhempas di dunia dan MH370 adalah satu-satunya yang hilang di Lautan India tahun lalu.

Hanya 3 Pesawat Boeing 777 Terhempas Di Dunia, Salah Satunya MH370 Hilang Di Lautan Hindi

Dua lagi pesawat dari model berkenaan yang pernah terhempas ialah MH17 juga milik Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) yang ditembak jatuh di Ukraine tahun lalu dan pesawat milik Asiana Airlines yang terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco pada 2013.

Ini dengan sendirinya meletakkan kebarangkalian cebisan dari bahagian sayap yang ditemui di pantai Pulau Reunion berhampiran Pulau Madagascar Rabu lalu milik MH370 adalah sangat besar dan hampir pasti.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi pada Jumaat mengesahkan yang cebisan dari badan pesawat yang ditemui itu adalah milik model Boeing 777 berasaskan nombor siri '657-BB' yang tertera padanya. Maklumat itu telah dimaklumkan oleh MAS kepadanya.

Pesawat MH370 sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac tahun lalu apabila ia secara misteri hilang dari radar selepas berpatah balik dan kemudian menuju ke arah selatan Lautan India.

Ia tidak pernah ditemui walaupun secebis sejak itu.

Sementara itu, Robin Beaman, seorang pakar geologi marin dari Universiti James Cook Australia dipetik oleh portal berita Mail Online sebagai berkata, adalah penting untuk mengkaji cangkerang yang melekat pada badan cebisan bangkai pesawat yang ditemui itu kerana ia dapat memberi indikasi berapa lama ia telah hanyut dan berasal dari kawasan mana.

Katanya setiap cangkerang adalah unik kepada kawasan-kawasan dan kedalaman tertentu dasar lautan.

Hujahnya itu disokong oleh Erik van Sebille, seorang pakar lautan di Imperial College London.

"Setiap siput atau teritip adalah unik kepada kawasan-kawasan tertentu sahaja jadi dari situ para pengkaji dapat membuat telahan cebisan dari bangkai pesawat itu hanyut bermula dari kawasan mana dan ini akan memudahkan pasukan mencari memberi fokus yang lebih tepat di dalam pencarian mereka.

Pasukan mencari dan menyelamat yang diketuai oleh Australia, telah menghabiskan 16 bulan yang lalu menyisir sebahagian besar selatan Lautan India iaitu tempat terakhir pesawat berkenaan dikesan oleh satelit tetapi masih gagal menemui walau sebarang bukti.

Ini menguatkan spekulasi dan teori konspiras yang MH370 tidak terhempas tetapi telah disembunyikan di satu kawasan rahsia.

Kegagalan penemuan sebarang tanda kehadiran MH370 di dasar Lautan India itu telah mendorong Kerajaan Malaysia untuk mengisytiharkan Januari lalu yang para penumpang pesawat berkenaan kesemua telah meninggal dunia.

Cebisan dari bahagian sayap pesawat yang ditemui di Pulau Reunion itu kini telah berada di Perancis untuk dianalisa oleh para pakar. Pulau Reunion adalah bekas tanah jajahan Perancis.

sumber
http://ift.tt/1IBSzpV

0 Response to "Hanya 3 Pesawat Boeing 777 Terhempas Di Dunia, Salah Satunya MH370 Hilang Di Lautan Hindi"

Post a Comment