Jeli : Pasangan dipercayai suami isteri ditemui maut selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas sebelum terjunam sedalam 10 meter dari jambatan di Kilometer 102 Lebuh Raya Timur - Barat berhampiran Kampung Sungai Mekong di sini hari ini.
Kejadian tersebut bagaimanapun hanya disedari kira-kira pukul 8.30 pagi selepas apabila penduduk kampung yang sedang mengutip buah durian melihat kereta jenis Proton Waja itu dengan mangsa berada di dalam kereta.
Mangsa, Nor Azman Murad, 53, yang beralamat di Batu 11, Lengkir, Sitiawan, Perak dan mangsa wanita, Saulihin Ismail, 55 tahun. Kedua-dua mereka meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan Mohd. Yusoff Jaafar berkata, anggota polis dikejarkan ke lokasi sebaik menerima makluman daripada orang awam berhubung kejadian itu pada pukul 8.30 pagi.
"Setibanya di tempat kejadian kita dapati kedua-dua mangsa sudah dikeluarkan dari kenderaan tersebut yang berada di tebing Sungai Mekong oleh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Jeli".
"Kenderaan tersebut dalam perjalanan menuju ke Perak melalui lebuhraya ini dan kita percaya gagal dikawal lalu terhumban ke bawah jambatan selepas melanggar penghadang jalan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Mohd. Yusoff berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Jeli untuk bedah siasat.
"Setakat ini kita sedang menyiasat punca sebenar kejadian sama ada pemandunya mengantuk sebelum terbabas atau faktor lain.
"Kita percaya kejadidan ini terjadi beberapa jam sebelum kedua-dua mangsa ditemui oleh penduduk kampung. Setakat ini kita belum dapat mengesahkan masa kejadiannya," katanya. - KOSMO!
0 Response to "7 Gambar : Suami ister maut kereta terjunam 10 meter dari jambatan di Jeli"
Post a Comment