Wanita Bangga Bercerita Mengapa Dia Lebih Memilih Bercinta Dengan Suami Orang Berbanding Lelaki Bujang
“Aku memang suka suami orang. Aku tak suka lelaki bujang." itu adalah antara luahan seorang wanita yang dikatakan sudah berkali-kali bercinta dengan suami orang.
Wanita berkenaan telah berkongsi pengalamannya di laman Facebook menceritkan pengalaman-pengalamannya bercinta dengan lelaki yang sudah berkahwin dan mempunyai anak.
Dia menceritakan ini bukan untuk memberitahu keikhlasannya tetapi lebih kepada 'bangga' berjaya menjadi pemenang antara dia dan isteri si lelaki apabila si lelaki lebih memilihnya berbanding isteri sendiri.
Beliau menegaskan bercinta dengan lelaki bujang tidak mempu mengukur tahap sebenar cinta tetapi jika dengan suami orang cinta itu nampak apabila si lelaki meninggalkan isteri dan keluarga sendiri.
“Aku memang suka suami orang. Aku tak suka lelaki bujang.
“Macam mana kau yakin lelaki bujang betul-betul cintakan kau? Macam mana dia cintakan kau out of loneliness? Macam mana kalau dia layan kau sebab kau seorang je yang layan dia, so dia takde choice, dia ambil jelah kau.
“Tapi bila kau cinta dengan suami orang, even he has a choice.. he still chooses you.
“Paling seronok dia sanggup tinggalkan isteri dia untuk kau,” Tak kiralah betapa teruknya marriage tu, it is still difficult to end it tau?" ujarnya.
"Kau ingat, hidup ini macam dalam drama Melayu? Jerit 'Aku nak tinggalkan kau' and it's over? Tak langsung!"
"Kau kena naik turun mahkamah, hire lawyer dan bla-bla bla when i comes to divorce. So you know, when someone ends it for you, it shows that you are so worth it. I want to know that I am worth the trouble. I am worth it."
"Kau mesti ingat aku bodoh kan? Aku tak bodoh."
"Selepas dia bercerai dengan isterinya, aku cari suami orang lain pula. Kalau dia boleh tinggalkan perempuan lain untuk aku, dia mesti boleh tinggalkan aku untuk perempuan lain. Aku tak nak calarkan ego aku untuk cinta." ceritanya tanpa rasa bersalah.
Kalau dilihat dari penulisannya ternyata ia seorang wanita yang mementingkan diri sendiri di mana dia kelihatan bangga melihat rumah tangga orang lain musnah.
Jika betul ini terjadi kita doakan agar hati wanita ini diberikan hidayah dan petunjuk supaya kembali ke jalan yang benar dan berhenti melakukan perbuatan haram ini.
0 Response to "Wanita Bangga Bercerita Mengapa Dia Lebih Memilih Bercinta Dengan Suami Orang Berbanding Lelaki Bujang"
Post a Comment