'RM2.6 BILION DALAM AKAUN NAJIB BUKAN ISU BESAR'


PUTRAJAYA - Pendedahan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai RM2.6 bilion masuk ke akaun peribadi Najib Razak, bukanlah isu besar, kata Datuk Seri Azalina Othman.

Menurut Azalina, tiada salahnya seseorang yang menerima pemberian wang sebanyak itu asalkan dapat kebenaran penerima dan tidak menafikan hak yang mereka patut terima.

“Bagi saya, kalau orang derma duit kat saya suruh jaga anda semua dan simpan atas nama saya, itu hubungan saya dengan penderma. Apa salahnya? Kecualilah orang kata, 'Datuk saya derma duit ini untuk UMNO, untuk UMNO Parlimen, untuk NGO', saya kena patuhi arahan dari si penderma. 

"Dalam isu wang RM.267 bilion, saya tidak melihatnya sebagai isu besar. Bagi saya, itu adalah budi bicara orang mendermakan duit. 

Mengulas mengenai video perbualan Muhyiddin itu, Azalina melahirkan rasa sedih kerana permasalahan seperti itu sepatutnya dibincangkan bersama parti. 

"Saya tidak faham, siang kata nak beri sokongan padu, malam keluar pula video. Bagi saya, sesiapa yang mengkhianati parti, boleh dipecat. Dia (Muhyiddin) perlu dipecat. Saya tidak tahu lagi (sama ada Muhyiddin mengkhianati parti), tak tahu hari ini dia buat apa, esok lusa (mungkin) dia bakar bendera UMNO ke, tak tahu,

"Yang saya tahu, sesiapa saja termasuk saya boleh dikenakan tindakan disiplin kerana tiada imuniti sebagai timbalan presiden atau ahli majlis tertinggi," katanya.

0 Response to "'RM2.6 BILION DALAM AKAUN NAJIB BUKAN ISU BESAR'"

Post a Comment