PETALING JAYA: Serpihan yang ditemui di Pulau Reunion di Lautan Hindi disahkan sebahagian daripada pesawat Boeing 777.
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi mengesahkan bahawa 'flaperon' yang ditemui di pantai itu merupakan sebahagian daripada badan pesawat Boeing 777.
Aziz bagaimanapun berkata, ini tidak bermakna 'flaperon' itu adalah milik pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang pada Mac 2014.
"Benar, MAS beritahu saya bahawa beberapa bahagian 'flaperon' itu adalah dari Boeing 777, tetapi tidak bermakna ia adalah milik MH370.
"Disahkan bahawa flaperon itu dari (Boeing) 777," katanya ketika dihubungi The Star.
Pesawat MH370 hilang bersama dengan 239 penumpang dan anak kapal pada 8 Mac tahun lalu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "MH370: Serpihan Disahkan Dari Boeing 777"
Post a Comment