Tangan Berkecai Akibat Main Mercun

TANGAN BERKECAI AKIBAT MAIN MERCUN.
Tarikh : 22 Jun 2015
Hari : Isnin
Masa : 8.00 malam (Selepas waktu berbuka)
Tempat : Taman Mutiara Tg.Sepat

Isu :
1) Seorang kanak-kanak berumur 4 tahun telah mengalami kecederaan parah apabila jari jemari tangan sebelah kiri hancur akibat bermain mercun "A Boom" bersama rakan-rakan dihalaman rumah selepas waktu berbuka tadi.

2) Maklumat yang diterima dari sahabat-sahabat group wassup DUN Tg.Sepat mengatakan, kanak -kanak tersebut telah dibawa ke klinik kesihatan Tg.Sepat tetapi terus dibawa ke Hospital Daerah Banting. Dikhabarkan sekarang mangsa telah dibawa ke Hospital Kelang untuk rawatan lanjut.

3) Kes telah menjadi viral hangat malam ini dalam group Tg.Sepat

Semoga jadi pengajaran untuk kita semua. Mohon pantau anak-anak anda.

0 Response to "Tangan Berkecai Akibat Main Mercun"

Post a Comment