Seorang lelaki tua telah memesan sebiji burger, french fries dan segelas minuman. Dia membuka balut burger dan dengan cermat memotongnya sebelah dan meletakkan di hadapan isteri yang sedang duduk bersamanya.
Dia kemudian mengira satu-satu french fries dan membahagi dua bahagian. Setelah itu diletakkan juga pinggan tersebut di depan isterinya.
Sambil meletakkan minuman di tengah-tengah antara mereka, dia dan isteri bergilir-gilir minum bersama dengan menggunakan gelas yang sama. Kemudian dengan perlahan-lahan dia mula memakan burgernya itu.
Orang di sekeliling mereka sibuk memerhatikan gelagat dua pasangan warga emas ini malah ada juga yang mula berbisik. Dari apa yang mereka lihat, pasangan ini hanya mampu membeli satu hidangan untuk mereka makan berdua.
Ketika lelaki tua tadi sedang menikmati french friesnya, seorang pemuda menghampiri meja dan menawarkan untuk membeli satu lagi hidangan untuk kedua-dua pasangan ini. Lelaki tua itu menjawab, "Takpe Nak, kami memang dah biasa share semua benda macam ni."
Orang yang duduk berdekatan meja mereka perasan yang isteri lelaki tua tadi belum menjamah satu pun makanan. Si isteri hanya melihat sahaja suaminya makan sambil sesekali meneguk minuman di hadapannya.
Sekali lagi, pemuda tadi kembali dan memujuk lelaki tua dan isterinya agar sudi menerima pelawaannya untuk membeli satu lagi hidangan untuk mereka berdua. Kali ini, wanita tua itu pula berkata sambil memberi jawapan yang sama, "Takpe Nak, kami memang dah biasa share semua benda macam ni."
Akhirnya, si suami telah habis makan bahagian hidangannya sambil membersihkan tangan dan muka dengan tuala. Pemuda tadi datang lagi untuk kali ketiga dan bertanya kepada si isteri lelaki tadi yang belum menjamah satu pun makanan, "Kenapa Nenek tak makan? Nenek tunggu apa lagi?"
Isterinya menjawab, "Tunggu gigi tu.."
Home » Benci GSTnoreply@blogger.com (Wana Network)
» Kisah Warga Emas Kongsi Sebiji Burger Yang Membuatkan Anda Menangis
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Kisah Warga Emas Kongsi Sebiji Burger Yang Membuatkan Anda Menangis"
Post a Comment