Janda Kehausan,Kesepian Jadi Pilihan


gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Kumpulan militan negara Islam (IS) dari luar negara yang menyusup masuk ke Malaysia dikesan cuba untuk merapati wanita-wanita tempatan khususnya ‘janda kesepian’ bagi meluaskan rangkaian militan di rantau ini.

Difahamkan, kumpulan terbabit cuba menipu wanita tempatan dengan mempamerkan perwatakan alim seterusnya terpedaya untuk menerima mereka sebagai suami yang sah.

Hakikatnya, tujuan sebenar suspek bukanlah untuk berkeluarga atau mencintai wanita-wanita itu sebaliknya mahu mendapatkan pas pemastautin bagi tinggal dalam tempoh yang lebih lama.

Sumber berkata, modus operandi terbabit dikesan apabila satu tangkapan terhadap seorang warga utara Afrika yang dipercayai pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dibuat pada 9 Jun lalu.

Suspek berusia 31 tahun dan penjenayah yang berada dalam senarai paling dikehendaki di negara asalnya kerana terlibat dalam IS dipercayai hampir menipu dua orang janda setelah bersembunyi di Malaysia sejak Mac tahun lalu.

“Dia cuba memikat beberapa wanita tempatan khususnya janda untuk berkahwin supaya dapat berada di negara ini dalam tempoh yang lebih lama.

“Malah, pas pelajar yang digunakan suspek juga amat diragui kerana dia merupakan pelajar di institut pengajian tinggi awam (IPTA). Kemungkinan pas itu diperoleh daripada satu sindiket pemalsuan dokumen,” kata sumber, di sini hari ini.

Sementara itu, dalam perkembangan penahanan anggota IS itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, suspek yang ditangkap sepasukan polis Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman itu telah diusir keluar pada Rabu lalu.

Kata beliau, suspek pernah ditangkap pada 2007 dan dipenjarakan di negara asalnya selama dua tahun atas kesalahan terlibat dalam aktiviti keganasan.

“Bagaimanapun, sekitar 2013, dia telah berlepas ke Syria untuk menyertai kumpulan IS dan ditangkap semula pada awal tahun lepas ketika cuba menyusup masuk ke Turki.

“Kemudian, suspek dikesan masuk ke negara ini pada Mac 2014 dan dipercayai menggunakan pas pelajar sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang disyaki palsu,” katanya dalam satu kenya­taan di sini hari ini.

Mengulas tentang penggunaan pas pelajar itu, Khalid berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan susulan bagi mengenalpasti anggota-anggota sindiket pemalsuan dokumen yang dipercayai beroperasi di Lembah Klang.

“Kita akan lakukan siasatan segera kerana kita tidak mahu perkara ini dieksploitasi oleh anasir-anasir pengganas asing untuk berselindung dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah pangkalan operasi mereka,” katanya.


sumber:http://ift.tt/YockWf

0 Response to "Janda Kehausan,Kesepian Jadi Pilihan"

Post a Comment