Madrid – Polis Sepanyol menyelamatkan seorang budak perempuan berusia 11 tahun yang dilaporkan dirogol berulang kali serta dipukul selepas dia dijual ibu bapanya untuk berkahwin dengan harga AS$18,500 (RM66,000).
Menurut kenyataan polis hari ini, lima orang daripada dua keluarga, iaitu ibu bapa budak itu serta keluarga bakal suaminya ditahan. Mereka menghadapi tuduhan memperdagang manusia, penderaan seksual, rogol dan mendera.
Polis memulakan siasatan selepas mendapat maklumat seorang budak perempuan bawah umur dijual ibu bapanya pada Mei 2014 untuk perkahwinan kontrak di Romania.
Budak itu yang tinggal bersama keluarganya di Sville, selatan Sepanyol, dilayan dengan buruk sejak sampai di Valladolid di utara negara itu untuk tinggal bersama bakal suaminya.
“Mereka menghina, mengancam dan memukulnya serta memaksanya melakukan seks dengan bakal suami. Dia juga dipaksa memetik anggur tanpa bayaran,” kata kenyataan itu.
Menurut polis, budak itu menghubungi ibunya meminta bantuan tetapi keluarga yang membelinya menuntut RM40,000 bagi membebaskannya.
Apabila menyedari polis mengawasi mereka, barulah keluarga bakal suami budak itu menghantarnya pulang dengan bas.
Bulan lalu, polis menahan seorang lelaki Romania kerana cuba menjual bayi perempuannya yang berusia seminggu dengan harga kira-kira RM20,000.
Home » Benci GSTnoreply@blogger.com (Wana Network)
» Kanak-kanak Perempuan Berusia 11 Tahun Diperkosa Berkali-kali Sebelum Berkahwin Dengan Harga RM66,000
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Kanak-kanak Perempuan Berusia 11 Tahun Diperkosa Berkali-kali Sebelum Berkahwin Dengan Harga RM66,000"
Post a Comment