Kebanyakan ibu memberikan Air Susu Ibu (ASI) eksklusif selama 6 bulan atau maksimum sehingga anak berusia dua tahun. Namun, ibu ini mempunyai masa untuk menyusukan lebih daripada itu.
Maha Al Musa, seorang ibu berusia 52 tahun mempunyai air susu yang banyak sehingga masih boleh menyusukan anak perempuannya yang berusia 6 tahun bernama Aminah.
Aminah menyusukan secara teratur dan belum imunisasi kerana ibu sangat meyakini kekuatan ASI sebagai antibodi bagi anak. Aminah sangat menyukai air susu ibunya kerana terkadang terasa seperti gula-gula
"Kadang rasanya seperti gula-gula tongkat. Rasanya berbeza-beza," kata Aminah.Wanita berasal Byron Bay itu sangat bangga masih boleh menyusukan anaknya. Jika Aminah meminta, Al Musa tidak segan menyusukan di taman bermain sekolah. Aminah juga biasa menyusui sebelum tidur. Kebiasaan yang jarang berlaku ini membuat Al Musa tampil pada program televisyen Discovery Channel pada episod Extreme Breastfeeding.
Ibu tiga anak yang menjalani diet Paleo ini juga secara terbuka menyiarkan fotonya di Facebook ketika sedang menyusukan Aminah. Menurut Al Musa, sangat penting menghabiskan masa untuk membuat ikatan yang kuat bersama anak perempuannya. Ia pun sangat menikmatinya.
Sementara itu, Aminah juga mengaku sangat menikmati ketika tidur sambil menyusui pada ibunya. Menurut Aminah, kebiasaan ini mungkin akan berterusan sehingga ia berusia 8 tahun.
Al Musa, dalam akaun Facebook-nya menuliskan bahawa masih menyusukan anak yang sudah memasuki usia sekolah adalah perkara yang normal."Biarkan anak dan ibu memilih apa yang terbaik bagi mereka, keadaan, dan keluarga mereka. Usia 4-8 (tahun) adalah usia NORMAL untuk menghentikan diri, "tulis Al Musa yang membuka kelas tarian perut prenatal dan kelas persediaan kelahiran.
ASI memang merupakan makanan terbaik bagi bayi kerana mengandungi sejumlah zat pemakanan yang diperlukan untuk pertumbuhan seorang anak. selain daripada itu, susu ibu juga sebagai antibodi bagi bayi supaya tidak mudah sakit.
Home » Benci GSTnoreply@blogger.com (Wana Network)
» Ibu Yang Berusia 52 Tahun Ini Masih Menyusukan Anaknya Yang Sudah Berusia 6 Tahun
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Ibu Yang Berusia 52 Tahun Ini Masih Menyusukan Anaknya Yang Sudah Berusia 6 Tahun"
Post a Comment