WOW!! OGY AHMAD DAUD SELAMBA SINDIR ZAHIDA RAFIK MENGGUBAH CIPTAAN TUHAN DEPAN DEPAN!!


WOW!! OGY AHMAD DAUD SELAMBA SINDIR ZAHIDA RAFIK MENGGUBAH CIPTAAN TUHAN DEPAN DEPAN!! | Pelakon dan pengacara Ogy Ahmad kalau dah berbicara memang tidak berlapik, tak pasal-pasal dengan slamber kakak Ogy menyindir pelakon Zahida Rafik mengubah ciptaan tuhan dirancangan terbaru YE KE? di TV3.

Sedangkan saat tersebut adalah rakaman untuk rancangan YE KE? yang disiarkan di TV3. Kot yer pun nak menyindir haruslah berlapik dan tidak memalukan seseorang. Rancangan YE KE? kononnya seperti rancangan kpop yang menjemput artis-artis jemputan yang berlainan setiap minggu. Dalam rancangan tersebut juga artis akan ada soal jawab bersama hos rancangan tetapi kadang kala soalan tersebut agak panas!


Tetapi untuk episod ke 3 kalau tidak silap, artis yang terlibat ialah Zarina Zainuddin, Jasmin Hamid, Maria Farida, Zahida Rafiq, Sherry, Kilafairy dan Adira. Kiranya kesemua artis akan diusik namun sampai sahaja giliran Zahida Rafiq, Ogy terus bertanyakan Zahida yang selalu dikaitkan dengan golongan VVIP.


Zahida dapat menjawabnya tetapi apabila diminta menjelaskan isu BOTOX, Ogy dengan tiba-tiba mengeluarkan kata-kata pedas ‘bukan ke menggubah ciptaan maha pencipta itu berdosa besar’ dan dengan berasa bangga Ogy bersyukur dengan wajahnya yang original gituh!. Paling teruk, Ogy mengeluarkan kata-kata berdosa besar jika mengubahnya. Semua sentap!, akan tetapi pelakon Jasmin Hamid terus backup kembali rakannya Zahida Rafiq setelah melihat airmuka rakannya berubah.


Fuh! apa yang nak di ceritakan disini, kalau nak menyindir ke apa harus lah berlapik. Cakap elok-elok dan berdua kan senang. Malu dibuatnya si Zahida Rafiq. Kesian tau!

Memang mengubah ciptaan Allah itu HARAM, tetapi tidak salah sekiranya kakak Ogy mengambil pendekatan dengan cakap elok-elok. Tidak usah lah bertanyakan soalan sedemikian, malu di buatnya si Zarina Rafiq. Tak gitu?

Dalam dunia yang serba moden ini, banyak cara digunakan untuk tampil cantik. Ketaksuban sebilangan kaum Adam Hawa itu menyebabkan mereka sanggup melakukan perubahan fizikal hingga mengenepikan larangan agama.

Firman Allah dalam surah At-TIN AYAT 5 : sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk sebaik-baiknya.


Apa pun semoga Zarina Rafiq tidak mempunyai dendam dengan kakak Ogy, biar lah kisah malam tersebut berlalu dengan begitu sahaja. Lagipun Ogy memang terkenal dengan sifatnya yang bermulut laser contohnya ‘Ogy Ahmad Daud Bidas Artis Baru‘. Zurina Zafiq juga khabarnya tak main dah botox-botox ni, perkara yang lepas usah lah dikenang. Opss!

0 Response to "WOW!! OGY AHMAD DAUD SELAMBA SINDIR ZAHIDA RAFIK MENGGUBAH CIPTAAN TUHAN DEPAN DEPAN!!"

Post a Comment