Ucapan Emma Maembong Kepada Zizan, Nafi Dirinya Bakal Isteri Zizan

Ucapan Emma Maembong Kepada Zizan, Nafi Dirinya Bakal Isteri Zizan



Hari ini, Zizan Razak membuat pengumuman yang amat besar iaitu dia akan berkahwin dengan gadis pilihan pada Jun ini.

Baca Juga:~ Respon Emma di Instagram  (LIHAT SINI)

Antara ciri gadis tersebut ialah berasal dari Terengganu, bekerja dan berumur 24 tahun. Gadis itu juga cantik dan tidak perlu solekan tebal untuk kelihatan cantik.

Dari hint dan clue yang diberi, ada peminat tertanya-tanya adakah gadis itu Emma Maembong kerana semuanya ada ciri-ciri Emma.

Dalam satu temubual bersama akhbar Utusan, Emma Maembong menafikan dirinya adalah bakal isteri kepada Zizan Razak.

Ini komen Emma Maembong:

“Maaf bukan saya wanita yang akan berkahwin dengan Zizan. Saya dengar juga dia akan berkahwin Jun ini." 

Selain itu, Emma juga mengucapkan tahniah kepada Zizan dan juga bakal isterinya.

“Sudah tentu saya gembira untuk dia. Soal jodoh saya fikir bukan kita yang menentukannya. Sama seperti orang lain, saya juga mahu sampaikan ucapan tahniah buat dia dan bakal isteri,” 

sumber: Utusan

0 Response to "Ucapan Emma Maembong Kepada Zizan, Nafi Dirinya Bakal Isteri Zizan"

Post a Comment