Nama Siti Saleha antara artis yang tidak asing lagi dalam industri hiburan tanah air. Namanya kian meningkat selepas dianugerahkan sebagai pemenang Pelakon Filem Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) yang berlangsung baru-baru ini. Seperti artis lain, Siti Saleha juga tidak terkecuali dilanda kontroversi.
Terkini, Siti Saleha khabarnya didakwa mengenakan bayaran untuk menghadiri sidang media yang dibuat. Beliau yang agak kecewa dengan tuduhan tersebut bagaimanapun menafikan dakwaan itu.
“Saya bermula dengan RTM sebagai pelakon. Malah sudah lima keenam kali saya berlakon drama di bawah siaran RTM. Pelik pula jika ada dakwaan sebegitu.“Saya kurang pasti apa motifnya. Jangan pantas menjatuhkan hukuman hanya kerana pengurusan saya pernah menolak tawaran tertentu. Memang sebelum ini ada tawaran berlakon untuk RTM tapi saya sudah terikat dengan produksi lain.“Tak adil untuk terus meletakkan kesimpulan sebegitu. Mengenai kononnya saya meminta bayaran untuk sidang media itu memang tak benar sama sekali. Tak pernah wujud hal berkenaan. Saya sendiri jenis ringkas dan berani bersumpah tak pernah melakukan hal seperti yang didakwa itu,” katanya.
Menarik artikel sebelum:- Siti Saleha Terima Tawaran Menyanyi?
Dalam pada itu, Siti Saleha menyatakan bahawa dia tidak hairan jika didakwa sedemikian sebaliknya menganggap sudah terbiasa dengan keadaan tersebut kerana suatu ketika dahulu sudah ada pihak yang cuba menjatuhkannya.
“Sejak saya berlakon drama Nora Elena lagi dahulu, ada pihak yang sanggup mengeluarkan gambar lama saya yang bertujuan mahu menjatuhkan. Jadi saya rasa bukan sesuatu yang pelik jika ada dakwaan negatif sebegini timbul,” katanya.
Semuanya sudah terbukti bahawa Siti Saleha sememangnya tidak mengenakan apa-apa bayaran untuk menghadiri sidang media. Jadi kepada sesiapa yang suka membuat cerita yang tak betul tu adalah lebih baik selidik terlebih dahulu.
0 Response to "Siti Saleha Nafi Minta Bayaran Hadiri Sidang Media"
Post a Comment