SAYU. JURURAWAT HAMIL 17 MINGGU MAUT DALAM KEMALANGAN


SAYU. JURURAWAT HAMIL 17 MINGGU MAUT DALAM KEMALANGAN | Seorang jururawat yang hamil 17 minggu, maut selepas terlibat dalam kemalangan yang membabitkan tiga kenderaan di KM32, Jalan Muar-Segamat, semalam.

Dalam kejadian pada jam 6.45 pagi itu, Nor Farhana Ali, 32, bertugas sebagai jururawat di Hospital Segama memandu kereta Perodua Myvi dari Muar menghala ke Segamat sebelum hilang kawalan dan masuk ke arah bertentangan.

Kereta yang dipandu oleh mangsa kemudian merempuh sebuah kereta Toyota di depannya yang pada mulanya cuba mengelak tetapi gagal.

Sebuah motosikal di belakang kereta Toyota juga tidak sempat mengelak dan merempuh belakang kereta itu. Bagaimanapun, penunggang motosikal itu hanya cedera ringan.

Mangsa yang cedera parah di anggota badannya bersama dengan anak lelakinya yang patah tangan dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar. Namun, mangsa meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan.

Pegawai Operasi Balai Bomba Tangkak, Seniman Idris menceritakan detik pilu ketika melakukan usaha menyelamat mangsa.

“Ketika itu, kaki wanita mengandung itu tersepit sementara anaknya sedang menangis ketakutan dalam kereta tersebut.

“Wanita itu dengan nada lemah berkata kepada saya, sakit, sakit, sakit dan anaknya bertanya kepada saya, Mak saya sudah meninggal dunia ke?,” katanya pilu.

Seniman berkata, pihaknya mengambil masa selama lapan minit untuk mengeluarkan mangsa.

0 Response to "SAYU. JURURAWAT HAMIL 17 MINGGU MAUT DALAM KEMALANGAN"

Post a Comment