"...SAYA PUN TAK TAU LAH KENAPA PEREMPUAN NAK PANGKAT DATIN SERI ALL..." NEDIM








Nedim Nazri, kekasih kepada pelakon Nora Danish menyelar editor majalah kerana tidak menggunakan otak apabila menggunakan gelaran atau pangkat sesuka hati.



Anak kepada Menteri Pelancongan, Dato’ Seri Mohamad Nazri Aziz, menerusi akaun Instagram berkata editor majalah yang dimaksudkan itu sepatutnya membuat penyelidikan terlebih dahulu sebelum menggunakan gelaran itu.












Tanpa menjelaskan dengan lebih terperinci editor majalah berkenaan, dia meminta, editor supaya merujuk kepada undang-undang sama ada seseorang itu layak untuk menggunakan gelaran atau pangkat.



Baca Juga : TERSEBAR GAMBAR LESBIAN DI PANTAI



Nedim mengepos status tersebut kerana tak puas hati dengan 2 editor majalah yang menggunakan gelaran Datin Seri sesuka hati.



Katanya hanya isteri pertama sahaja layak menggunakan gelaran itu tetapi tidak bagi isteri kedua, ketiga atau keempat.



Baca Juga : FAUZIAH GOUS POS GAMBAR TAK SEPATUTNYA



#“Saya pelik ramai sangat wanita desperate nak mengaku datin Seri and all, yang majalah-majalah ni pun satu, nampak sangat kebodohan mereka menggunakan ‘salutation’ pangkat tanpa sebarang penyelidikan.



#“Sila check undang-undang menggunakan pangkat, yang nombor 2 ke 3 atau ke-4 tidak layak sama sekali menggunakan salutation tersebut.



Baca Juga : LANA NORNIN SIMBOL S3KS 2015?



#“Harap pencerahan ini digunakan dengan bijak oleh magazine low standards di Malaysia. Kepada editor guna la otak dengan bernas. Only no 1 is the real Deal!,” tulis Nedim.












Dia menegaskan teguran itu tidak merujuk kepada semua majalah di Malaysia tetapi 2 majalah yang menyiarkan artikel menggunakan gelaran yang tidak sepatut dipakai.



Nedim menasihatkan penulis-penulis supaya memeriksa dan mengesahkan sebelum membenarkan sesiapa saja menggunakannya.



Dia turut mengingatkan supaya ianya tidak dikaitkan dengan orang lain di sekelilingnya.

0 Response to ""...SAYA PUN TAK TAU LAH KENAPA PEREMPUAN NAK PANGKAT DATIN SERI ALL..." NEDIM"

Post a Comment