Padah tidak siakan kerja sekolah, badan berbirat di dera !!






Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun menjadi mangsa dera ibu angkatnya akibat gagal menyiapkan kerja sekolah tambahan yang diberi wanita itu.





Gambar kanak-kanak itu yang teruk didera ibunya menjadi viral di Internet selepas dimuat naik oleh seorang pengguna laman sosial Weibo pada Jumaat.



Imej itu menunjukkan badan dan kaki budak lelaki malang berkenaan yang cedera teruk akibat dipukul.



Akhbar Nanjing Morning Post melaporkan, seorang guru mangsa membuat laporan polis selepas melihat badan kanak-kanak itu penuh dengan kesan kecederaan.



Kanak-kanak itu memberitahu gurunya dia dipukul dengan menggunakan paip, kayu dan turut didera dengan wap air panas serta dicucuk dengan pen

0 Response to "Padah tidak siakan kerja sekolah, badan berbirat di dera !!"

Post a Comment