PADAH MENARI LUCAH DEPAN MEMORIAL


PADAH MENARI LUCAH DEPAN MEMORIAL | NOVOROSSISYK – RUSIA - Tiga orang wanita dihukum penjara Sabtu lepas selepas melakukan tarian lucah ‘twerking’ di hadapan sebuah memorial Perang Dunia Kedua.

Menurut The Guardian, Margarita Radetskaya, 18 dihukum penjara 15 hari manakala Yana Kutakova, 24, dan Yekaterina Scherbedinskaya, 26 dihukum penjara 10 hari.

Ketiga-tiga wanita berkenaan dikenalpasti selepas sebuah video yang menampilkan enam gadis menari di hadapan memorial berkenaan dimuatnaik ke laman Youtube.

Pihak pendakwa memberitahu, perlakuan kumpulan wanita berkenaan disifatkan sebagai menghina pengorbanan askar-askar yang terlibat dalam Perang Dunia Kedua.

Difahamkan, kumpulan gadis berkenaan memilih lokasi berkenaan untuk merekodkan video promosi kelas menari oleh sebuah sekolah tarian.

0 Response to "PADAH MENARI LUCAH DEPAN MEMORIAL"

Post a Comment