Kedai S3KS Halal Akan Dibuka Di Mekah

Sebuah kedai yang dilabel 'Halal Sex Shop' akan dibuka di Mekah, Arab Saudi dalam masa terdekat. Walaupun kontroversi kerana seksualiti begitu pantang larang bagi umat muslim, namun menurut pemilik, pelbagai peralatan seks yang dijual dijamin halal.

"Produk kami bukan seperti anak patung kembung, tapi produk yang meningkatkan perasaan hawa nafsu dan suasana antara pasangan semasa berkaitan seksual," kata pemilik kedai, Abdelaziz Aouragh, seperti dipetik Ibitimes,


Portal berita Arab Saudi, Alyaoum24 melaporkan, syarikat pembuat alat bantu seks dari Jerman juga dalam perancangannya akan membekal 18 alat seks di kedai tersebut.

"Muslim biasanya tidak aktif secara seksual. Bahkan banyak orang berfikir, wanita muslim begitu tertekan secara seksual. Kami ingin mengubah imej buruk ini. Perempuan berhak mendapat nikmat seks," kata Aouragh.


Aoragh juga berkata, selain menjual produk seks, pasukannya juga menawarkan maklumat dan memberikan jawapan atas pertanyaan tentang seks yang sering dialami pasangan.

Sebelumnya, Halal Sex Shop ini juga telah dibuka di Turki pada 2013. Segmentasi pelanggan juga menitikberatkan umat muslim yang sering salah erti dalam menilai seks.

0 Response to "Kedai S3KS Halal Akan Dibuka Di Mekah"

Post a Comment