Nahas helikopter di Semenyih telah meragut nyawa enam orang penumpang termasuk kapten dan pembantunya. Dalam masa yang sama, ada yang melahirkan rasa simpati dan mengucapkan takziah serta menyedekahkan Al-Fatihah buat mangsa nahas, ada juga yang mengambil kesempatan memburuk-burukkan mangsa terutamanya Allahyarham Tan Sri Dr. Jamaluddin Jarjis, Ahli Parlimen Rompin.
Namun, tidak ramai yang tahu akan kebaikan yang telah dilakukan oleh Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis. Tampil seorang individu, Syahril A. Kadir, Pegawai Khas Menteri Pembangunan Wanita, mendedahkan kebaikan beliau.
BACA PENDEDAHAN DI BAWAH:
UNTUK sekian kalinya...setelah menyimpan rahsia sejak sekian lama, saya ingin memberitahu...inilah rumah anak yatim di Pulau Nias, Sumatera Utara, Indonesia yang dibantu Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis 'secara senyap-senyap' tanpa pengetahuan sesiapa sejak hampir 10 tahun lalu sehingga sekarang.
Saya akui, saya adalah orang yang akan dihubungi secara direct melalui telefon bimbit oleh Tan Sri untuk membawa sejumlah duit zakat peribadi beliau untuk anak-anak yatim mangsa gempa bumi ini terutama menjelang musim lebaran. Selalunya saya bersama dua tiga orang kepercayaan beliau akan berkerja sama setiap kali misi bantuan ini dijalankan.
Selain daripada anak yatim mangsa gempa bumi beragama Islam, Tan Sri atas dasar kemanusiaan juga pernah mengarahkan kami menyalurkan sumbangan kepada anak yatim mangsa gempa bumi beragama Kristian di pulau itu.
Kali terakhir saya membawa wang zakat Tan Sri ke sini ialah kira2 empat bulan lepas...dan utk pengetahuan semua, bukan ini saja sumbangannya malah byk lagi terutama di dalam negara tetapi semua dibuat tanpa media dan publisiti.
" Selagi saya hidup tak payahlah cerita benda ni, " kata beliau. Itu yg sering terngiang di telinga saya sehingga ke hari ini . Semoga Allah merahmati beliau...Al Fatihah..
SAK: Tan Sri damailah di sana...hajat dan amanah Tan Sri telah kami tunaikan...doa kami bersama Tan Sri...selamanya. Saya hilang kata-kata.
INILAH wajah anak-anak yatim mangsa gempa bumi di Indonesia yang dibantu secara peribadi hampir setiap tahun oleh Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis 'secara senyap-senyap' tanpa diketahui oleh ramai pihak apatah lagi pihak media.
Selalunya kami akan dipanggil ke pejabatnya atau di lokasi tertentu. Sekali imbas orang mungkin ingat kami sedang menjalankan 'urusniaga' atau deal projek, tetapi hakikat sebenarnya Allahyarham ketika itu akan memberi arahan ringkas mengenai pemberiaan zakat peribadinya pada tahun tersebut.
Sekiranya Allahyarham sibuk, beliau akan mengamanahkan hal tersebut kepada pegawainya dan Allahyarham secara peribadi akan SMS/Whatsapp saya untuk berjumpa pegawainya di tempat tertentu. Allahyarham seboleh-bolehnya mahu wang zakatnya itu diberikan terus kepada penerima atau anak yatim yang dimaksudkan, bukan melalui pindahan akaun atau money transfer.
Bagi memastikan kami selesa menjalankan amanahnya, Allahyarham akan memastikan segala urusan kami seperti hotel dan penerbangan diselesaikan terlebih dahulu. Dan sebaik saja tiba di mana-mana rumah anak yatim, kami akan mengadakan kenduri doa selamat sebelum memberikan angpau bagi menggembirakan anak-anak ini.
Untuk guru-guru juga, Allahyarham akan menyediakan peruntukan khas sebagai menghargai jasa mereka menjaga anak-anak yatim ini. Dan sekiranya ada lebihan wang, Allahyarham akan meminta kami masuk ke mana-mana masjid atau surau di kawasan pendalaman untuk diberikan sedikit sumbangan bagi menampung perjalanan rumah Allah tersebut.
Walaupun saya secara peribadi tidak pernah mendapat habuan besar dari Allahyarham, tetapi saya bersyukur kerana sekurang-kurangnya saya berjaya melaksanakan amanahnya sebaik mungkin dan dapat berbakti dengan ahli politik yang sangat dermawan itu.
Semalam Allah telah menjemputnya pulang. Saya tahu, bila bercakap mengenai Allahyarham, akan ada pelbagai persepsi mengenai beliau terutama dari seteru politiknya. Namun saya tidak mahu tahu semua itu - kerana yang saya tahu, saya mengenali Allahyarham Tan Sri Dr. Jamaluddin Mohd. Jarjis dari sudut berbeza, iaitu sudut kemuliaan hati seorang manusia kepada seorang manusia lainnya.
Tujuan saya menceritakan semua ini bukanlah untuk membodek Allahyarham...tak guna pun...beliau sudah tiada untuk mendengarnya, bukan juga untuk mengagungkan Allahyarham...tetapi sekadar untuk memberitahu setiap dari kita ada sisi hitam dan putihnya. Jangan hanya menilai seseorang daripada kulit, tetapi lihat juga isi, hati dan sanubarinya.
Al-Fatihah...semoga rohmu dicucuri rahmat dan amalan ikhlasmu diterima dan mampu membawamu ke syurga firdausi Tan Sri....
Innalillahiwainnalilahirojiun.
Syahril A. Kadir
Pegawai Khas Menteri Pembangunan Wanita
Syahril A. Kadir
Pegawai Khas Menteri Pembangunan Wanita
0 Response to "Kebaikan Allahyarham Jamaluddin Jarjis Yang Tidak Diketahui"
Post a Comment