Ini Puncanya Pasangan Asyik Bergaduh Dan Bertengkar Apakah Punca-Puncanya?

Lumrah manusia apabila berpasangan samaada sebagai kekasih mahupun sudah berkahwin,pasti ada ujian dan dugaan yang mendatang dan sebagai manusia juga kita tidak lari dari melakukan pelbagai kesilapan sama ada untuk silap sekali mahupun silap berkali-kali.

Malah,pergaduhan dan pertengkaran juga boleh mengakibatan Putus cinta bagi pasangan kekasih dan bercerai bagi yang sudah berumahtangga,betapa bahayanya apabila bergaduh dan bertengkar kerana di waktu itu manusia hanya akan mengikut hati dan amarah.


Hilang Sikap Hormat Menghormati Pasangan 
Bila pasangan sudah hilang sikap hormat menghormati maka tidak hairanlah pertengkaran boleh menjadi buruk kerana tidak boleh menghormati pasangan lagi,jalan yang terbaik adalah sentiasa kekal kan perasaan hormat menghormati terhadap pasangan bermula dari awal lagi.

Menipu Dan Terus Menipu Atau Tidak Jujur
Tidak di nafikan perlakuan menipu atau bersikap tidak jujur menjadi perkara yang boleh mencetuskan pertengkaran,sikap suka menipu dan tidak jujur iniboleh membinasakan kepercayaan lebih-lebih lagi jika hal ini terjadi berulang kali,maka sentiasalah bersikap jujur dan jangan suka menipu,kerana sikap menipu ini pada akhirnya akan terbongkar juga.


Curang
Curang adalah satu perkataan yang paling di takuti bila kita bercinta ataupun berkahwin,antara kes curang seperti,berhubungan dengan orang lain selain dari pasangan di belakangnya,bermesej dengan orang lain dengan niat mahu mencari pasangan lagi,samada secara senyap atau secara sembunyi-sembunyi suatu masa kelak pasti ia akan terbongkar,maka terjadilah pertengkaran yang hebat.


Mengabaikan Pasangan
Sering kita dengar ada insan yang mengeluh apabila di abaikan oleh pasangan sendiri,sama ada ia besar atau kecil,perkataan abaikan ini tidak perlu wujud dalam sebuah perhubungan,malah sewaktu mula-mula berhubungan pasti 24 jam masa boleh di beri namun setelah sekian lama berhubungan atau berkahwin maka 24 jam itu di tolak 23 jam maka pasangan hanya akan mendapat  masa satu jam sahaja,ini hanyalah sebagai contoh dan membawa maksud apabila sudah lama berhubungan maka keluarlah seribu satu alasan lalu terjadilah pengabaian terhadap pasangan,ketahuilah bahawa setiap pasangan tidak mahu di abaikan,mereka mungkin boleh faham jika kita bekerja atau mempunyai hal hal lain yang penting namun ada cara yang baik untuk tidak membuatkan diri mereka berasa di abaikan,anda tentu sja tahu dan boleh berfikir bagaimana cara untuk tidak mengabaikan mereka,tetapi jangan guna cara menipu mereka,bercakaplah baik-baik kerana dengan kelembutan maka seorang insan pasti akan sejuk hati dan boleh menerimanya.

Mengumpat Pasangan Serta Melebih-lebihkan Insan Lain
Perkara seumpama ini boleh menjatuhkan maruah pasangan sendiri,malah boleh membuatkan diri mereka tidak di hargai dan merasa terhina,hindari sikap sebegini lebih lebih lagi di zaman moden ini yang mempunyai pelbagai aplikasi laman sosial,usah memburuk-burukkan pasangan sendiri untuk di beritahu kepada semua,seandainya ini berlaku siapa tahu ada yang menyampaikan atau mereka sendiri terlihat tentang perlakuan anda maka ini boleh membawa kepada pertengkaran.

Inilah Punca Terbesar Pasangan Bergaduh Dan Bertengkar rupanya,walau bagaimana pun apa yang saya tulis di atas adalah perkara terbesar tetapi masih ada punca-punca kecil yang boleh membawa kepada pertengkaran dan tercetusnya pergaduhan.

Sebenarnya Berkasih sayang ini tidaklah susah,malah inilah perkara yang boleh menggembirakan serta membahagiakan diri serta insan lain,cuma kita harus ikhlas bila berhubungan bukan berhubungan kerana nafsu semata-mata.

Apabila kita memutuskan untuk menjadi sebahagian dari hidup kita maka jagalah hatinya sebagaimana kita menjaga hati sendiri dan hal yang terpenting,tiada masalah yang tidak dapat di selesaikan,maka selesaikanlah dari hati ke hati dengan penuh adab dan penghargaan terhadap pasangan kita,ingat,.pasangan kita bukanlah insan untuk di buat musuh,.

0 Response to "Ini Puncanya Pasangan Asyik Bergaduh Dan Bertengkar Apakah Punca-Puncanya?"

Post a Comment