GEMPAR!! PEMBUNUH OSAMA DEDAH IDENTITI DAN CARA DIA BUNUH OSAMA | O'Neill (gambar) membuat kenyataan terbuka itu kerana tidak mahu ada pihak lain yang mendedahkan identitinya - Foto AFP
Seorang bekas anggota komando tentera laut Amerika Syarikat, Robert O'Neill tampil mendakwa dia adalah pembunuh orang paling diburu dan pemimpin kumpulan Al-Qaeda, Osama Bin Laden.
O'Neill membuat kenyataan terbuka itu kerana tidak mahu ada pihak lain yang mendedahkan identitinya.
Pengakuan itu turut menimbulkan rasa tidak puas hati di antara anggota operasi perkhidmatan rahsia Amerika itu.
Mereka menganggap O'Neill melanggar kod rahsia, bila membuat pendedahan mendakwa melepaskan dua tembakan ke dahi Osama dalam satu serbuan pada 2011.
O'Neill sebelum ini bercerita mengenai serbuan ke atas tempat persembunyian Osama kepada majalah Esquire yang hanya meletakkan namanya sebagai 'si penembak'.
Dalam perkembangan yang sama, laporan akhbar Washington Post pada Khamis turut menamakan O'Neill sebagai penembak terbabit.
Agensi berita The Associated Press pula melaporkan, dua anggota pasukan keselamatan yang mengenali O'Neill mengesahkan pembabitannya.
Sementara itu, jurucakap Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat, Pentagon turut mengesahkan O'Neill sebagai anggota komando tentera laut yang turut serta dalam serbuan itu.
Namun Pentagon tidak dapat mengesahkan siapa yang melepaskan tembakan itu kerana beberapa anggota lain turut melepaskan tembakan ketika serbuan.
Pentagon dalam satu kenyataan berkata, sekiranya O'Neill mendedahkan perkara itu dalam mana-mana wawancara terbuka, dia boleh disiasat atau diambil tindakan oleh Jabatan Kehakiman.
Dia mendedahkan cerita itu menerusi satu temu bual yang disiarkan agensi berita AFP bahawa tiga das tembakan dilepaskan ke arah Osama di rumah persembunyiannya di Abbottabad, Pakistan pada Mei 2011 selepas sekumpulan komando AS membuat serbuan.
Bagaimanapun, dia kini berhadapan masalah kewangan kerana tidak lagi bekerja.
Dia merahsiakan identitinya semasa ditemu bual oleh pemberita majalah Esquire.
Beberapa orang berbual di depan rumah yang menjadi tempat persembunyian Osama di Abbottabad pada 5 Mei 2011.
Namun, buat pertama kalinya dia mendedahkan peranan yang dilakukannya dalam satu serbuan di rumah persembunyian Osama.
Bekas anggota komando tersebut mendedahkan kebimbangan terhadap keselamatan ahli keluarganya.
"Dia (Osama) kelihatan keliru. Tubuhnya lebih tinggi berbanding jangkaan saya," katanya tentang Osama.
Pasukan komando itu melakukan serang hendap ke atas Osama di tingkat tiga rumah tersebut.
Ketua Al-Qaeda tersebut meletakkan tangannya di bahu isteri termudanya ketika itu.
Osama menolak badan isterinya itu ke depan dan terdapat selaras senjata AK-47 berdekatannya.
"Saya tidak tahu sama ada isterinya mendapatkan jaket dan dia kemudian ditolak untuk mati syahid. Dia (Osama) mendapatkan senjata dekat dengannya. Dia (Osama) merupakan satu ancaman.
"Saya perlu melepaskan tembakan tepat ke kepala Osama agar dia tidak berpeluang untuk meletupkan dirinya," kata bekas komando tersebut.
"Saya menembaknya, dua kali di dahi. Bap! Bap! Dia terjatuh di atas lantai di depan katilnya dan saya menembaknya sekali lagi.
"Bap! tempat yang sama," katanya.
"Dia mati. Tidak lagi bergerak. Lidahnya terkeluar," tambahnya.
Menurut artikel majalah itu, pembunuhan ke atas Osama mengambil masa selama 15 saat.
Menjelang musim panas pada tahun lalu, selepas bersara daripada tentera, dia menjadi gementar tentang kemungkinan serangan balas terhadap keluarganya.
Bekas anggota komando itu kini menjadi orang awam.
Osama mati ditembak dalam operasi tentera AS ketika negara itu berada di bawah kepimpinan Presiden Barack Obama. Osama dibunuh dalam satu serbuan pada 2011 di tempat persembunyian rahsianya di Pakistan.
Dia antara lain didakwa bertanggungjawab atas serangan 11 September 2001 di Amerika Syarikat.
0 Response to "GEMPAR!! PEMBUNUH OSAMA DEDAH IDENTITI DAN CARA DIA BUNUH OSAMA"
Post a Comment