FARHAN BEKAS SUAMI ABBY ABADI DAH BERTUNANG DAN APAKAH RESPON ABBY ABADI?


FARHAN BEKAS SUAMI ABBY ABADI DAH BERTUNANG DAN APAKAH RESPON ABBY ABADI? | Memang agak terkejut melihat gambar mesra Farhan atau lebih dikenali Noor Farhan Che Bakar bersama seorang perempuan bertudung. Khabarnya gadis tersebut adalah tunang Farhan, betul ke?

Farhan yang merupakan bekas suami Abby Abadi suatu ketika dahulu mencetuskan kontroversi dek kerana mengambil keputusan berkahwin walaupun perkenalan mereka cukup singkat dan sekali lagi mencetuskan kontroversi mengenai isu perceraiaannya bersama Abby Abadi. Walaupun telah lama berlalu antara kisah Abby Abadi dan Farhan namum sehingga kini nama mereka berdua tetapi dingati peminat.

 Farhan telah mengikat tali pertunangan dengan Noriah Mat Isa pada 21 Mac lalu

Kisah ‘Farhan, Bekas Suami Abby Abadi Sudah Sedia Bergelar Pelakon‘ merupakan perkembangan terkini bekas suami Abby Abadi. Tetapi apa yang ingin dikongsikan disini, mengikut beberapa sumber Farhan telah mengikat tali pertunangan dengan seorang kakitangan Jabatan Kastam bernama Noriah Mat Isa pada 21 Mac lalu. Dari apa yang kami tahu, Noriah merupakan seorang ibu tunggal kepada dua orang anak. Sejauh mana kebenaran tersebut penulis pun tidak pasti.

Kalau benar telah bertemu jodoh, doakan sahaja mereka berdua berkekalan hingga akhir hayat. Jangan lupa jemput pihak media tau bila dah siap sedia buat nasi minyak.Ops!

0 Response to "FARHAN BEKAS SUAMI ABBY ABADI DAH BERTUNANG DAN APAKAH RESPON ABBY ABADI?"

Post a Comment